MALAYSIA BAKAL IKUT JEJAK LANGKAH VENEZUELA JIKA PAKATAN HARAPAN MEMERINTAH

Malaysia bakal mengikut jejak langkah negara Venezuela yang kini berada di ambang kemusnahan apabila segala-galanya diberi percuma dan disubsidikan, persis gambaran negara berkebajikan yang dicanang oleh puak Pakatan Harapan (PH) sekiranya mereka berjaya memenangi tampuk pemerintahan negara.

Memetik laporan sebuah portal berita luar negara, The Telegraph, Venezuela merupakan sebuah negara contoh bagi kebanyakan pemimpin PH semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke -13, malah Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli turut memuji harga petrol Venezuela yang sangat rendah pada tahun 2014 sehingga mempersoalkan mengapa Malaysia tidak boleh mencontohi negara tersebut.

Difahamkan, tahun lalu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Venezuela merudum sebanyak 19 peratus, kadar import menurun 50 peratus (kerana mereka tidak mempunyai wang untuk membuat pembelian dari negara luar), serta inflasi meningkat berkali ganda secara mendadak pada kadar 700 peratus.

Petrol di negara terbabit juga dijual kurang dari 1p seliter, yang menelan subsidi kerajaan berjumlah £12 bilion, malah, kawalan harga bermaksud bahawa ia tidak menguntungkan peniaga kecil untuk menjual barangan keperluan, sekaligus menyebabkan bekalan terputus.

Menurut catatan di laman Facebook milik Lim Sian See, meskipun demikian, perkara yang terburuk dalam kehidupan seharian rakyat Venezuela adalah keganasan.

“Kadar pembunuhan di ibu negara Venezuela, Caracas, adalah 80 kali lebih tinggi daripada London. Kecurian kereta dan penculikan sudah menjadi perkara biasa.

“Pada tahun lalu, rakyat Venezuela secara purata tidak mendapat makanan yang cukup dan telah kehilangan berat badan sebanyak 19 paun. Rakyat terpaksa menyelongkar sampah-sarap. Mereka juga telah mula memecah masuk ke dalam zoo serta memakan tenggiling gergasi dan burung bangau.

“Lapan dari sepuluh jenis ubat tidak disediakan. Negara tersebut juga telah kehabisan tisu tandas sejak lima tahun yang lalu,” ujarnya.

Justeru, jelasnya lagi, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengurangkan kebergantungan pada hasil minyak sejak 2010, menghapuskan subsidi pukal yang begitu tinggi dan menolak untuk melakukan kawalan harga ke atas setiap barangan merupakan satu tindakan yang tepat.

“Tuhan merahmati Malaysia dengan pemimpin yang berpandangan jauh dan rakyat bijak memilih parti yang bertanggung jawab sebagai kerajaan.

“Jika rakyat terpedaya dan memilih pemimpin dan Pakatan yang membuat janji populis, bayang masa depan negara, mungkin sudah menjadi seperti Venezuela,” ujarnya. -Klxpress

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana