LIM KIT SIANG PONDAN, PENGECUT DAN DAYUS

Oleh Ramesh Rao

Pemimpin lama dalam DAP, Lim Kit Siang sebenarnya tidak pernah sekali pun hadir ke badan siasatan jenayah rasuah di Malaysia untuk mendedahkan perbuatan rasuah dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) seperti yang sering didakwa olehnya.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata sepanjang penglibatan beliau dalam politik, belum pernah lagi Kit Siang dilihat hadir ke pejabat sama ada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dulu atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini untuk mendedahkan rasuah BN.

“Dia dalam Parlimen selalu Kit Siang ada sahaja dakwaan bahawa kerajaan BN ini lakukan rasuah itu dan ini tapi belum pernah beliau hadir ke SPRM atau ke pejabat BPR dulu untuk laporkan perkara berkenaan,” kata Ramesh dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, beliau berkata, amat wajar Kit Siang digelar pondan, dayus, pengecut dan penipu kerana sejak tahun 1969 Kit Siang hanya tahu buat bising di dalam Dewan Rakyat sahaja tapi tak berani suarakan di luar.

“Kit Siang pengecut, sejak 1969 tidak pernah sekali ke SPRM buktikan rasuah BN,” katanya.

Ramesh berkata, Kit Siang adalah contoh Ahli Parlimen yang paling banyak mengambil kesempatan atas imuniti dalam Dewan Rakyat untuk membuat tuduhan yang bukan-bukan kepada pemimpin BN termasuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apabila wakil rakyat BN mendesak beliau buat laporan dan serahkan bukti kepada SPRM, biasanya Kit Siang akan diam dan hanya menikus.

“Lihat di dalam dewan, betapa lantangnya dia berkata-kata, semua perkara dituduh BN yang bersalah khususnya rasuah.

“Bila diminta hadir dan buat laporan polis atau ke pihak berkuasa mencegah rasuah, Kit Siang akan berdiam diri dan senyap,” katanya.

Kata-kata tuduhannya di dalam Dewan Rakyat tidak boleh dipercayai dan dipakai kerana hanya mahu membuatkan rakyat huru-hara dan curiga dengan ketelusan serta kecekapan kerajaan BN, kata Ramesh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana