Latihan Tentera AS-Korea Selatan Bermula

Kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS), USS Carl Vinson, memulakan latihan dengan Tentera Laut Korea Selatan.

Jurucakap Kementerian Pertahanan AS memberitahu AFP, pasukan penyerang AS melancarkan latihan dari jam 6 petang Sabtu sebaik tiba di Laut Jepun, Korea Selatan.
Latihan bersama itu dijalankan beberapa jam selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik. Latihan itu bertujuan mengesahkan keupayaan sekutu mengesan dan memintas peluru berpandu balistik musuh.

Bagaimanapun, tempoh latihan bersama itu tidak didedahkan.
Menurut agensi berita Yonhap, ia dijangka berterusan sehingga minggu depan.
Beliau menambah, latihan bersama itu turut membabitkan latihan penggunaan peluru hidup dan antikapal selam. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL