Kuat Nya Berbohong!!!! MB Selangor tipu kata JAKIM luluskan konsert Selena Gomez

Goyang dengan situasi di Muktamar PAS... Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali 'kantoi' menipu kononnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meluluskan konsert penyanyi antarabangsa, Selena Gomez pada Julai tahun lalu.

Azmin membuat kenyataan itu selepas Pemuda PAS Selangor menjadikan kehadiran Selena Gomez sebagai salah satu alasan untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

Timbalan Presiden PKR yang panik itu kemudian mendakwa JAKIM meluluskan konsert itu ketika ditanya wartawan semasa menghadiri Konvensyen PKR Pulau Pinang Sabtu lalu.

Hari ini, JAKIM menafikan tuduhan Azmin.

Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha, berkata kelulusan konsert dan seumpamanya bukan di bawah bidang kuasa jabatan itu.

"Tuduhan sebegini boleh menjejaskan reputasi dan kredibiliti JAKIM sebagai agensi bertanggungjawab menyelaras pengurusan hal ehwal Islam di negara ini.

"Justeru, saya memohon kerjasama pihak yang berkaitan agar merujuk terlebih dahulu kepada JAKIM sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan agensi ini," katanya dalam satu kenyataan.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL