KLIA BAKAL LEBIH HEBAT DARI LAPANGAN TERBANG CHANGI, SEMAKIN RAMAI PELANCONG SUKA MALAYSIA

Jumlah penumpang memasuki Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diramalkan bakal mengatasi jumlah trafik lapangan terbang negara jiran, Changi pada tahun depan, lapor Malaysia Airports Holdings (MAHB).

Dengan purata 14.1 juta penumpang melalui KLIA pada suku pertama tahun ini berbanding 15 juta di Singapura, jumlah tersebut dijangka meningkat disebabkan oleh penurunan nilai pengunjung ke Changi.

“Kita kekal optimis peningkatan trafik 6.5% setahun bagi operasi kita di Malaysia, dengan pertumbuhan trafik penumpang antarabangsa dan domestik masing-masing pada kadar 4.7% dan 8.2%,” ujar MAHB dipetik portal berita The Mole.

Ujar syarikat berkenaan, sekiranya jumah penumpang kekal konsisten meningkat, KLIA akan mengatasi Lapangan Terbang Changi dengan jumlah pengunjung lebih ramai.

Mengulas mengenai peningkatan kepada pertumbuhan berkenaan, MAHB menjelaskan ia antaranya disumbangkan oleh pengecualian visa atau kemudahan ENTRI (Pendaftaran pelancongan elektronik) dan kemudahan visa elektronik kepada pelancong India dan China.

Pelancong China yang berkunjung ke Malaysia, rata-ratanya memilih Pulau Pinang, Melaka, Pulau Langkawi, Johor Bahru, Sabah dan Sarawak sebgai destinasi pilihan.

Dan jumlah paling ramai direkodkan sewaktu musim perayaan sambutan Tahun Baru Cina.

Kemudahan pengecualian visa atau kemudahan ENTRI (Pendaftaran pelancongan elektronik) dan kemudahan visa elektronik yang diperkenalkan oleh kerajaan pada Mac 2016

Ujar MAHB lagi, peningkatan populasi pengembara, nilai tambang kompetetif, serta kapasiti tempat duduk syarikat penerbangan turut menyumbang kepada pertambahan jumlah pelancong.

“Sebahagian daripada pertumbuhan ini juga disebabkan oleh pemulihan daripada pemotongan kapasiti oleh Malaysian Airlines pada 2014 dan 2015.

“Usaha kami untuk membangunkan KLIA sebagai hab pilihan ASEAN juga menyumbang kepada pertumbuhan ini,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana