Kisah Tajuddin dijemput dalam pertemuan bersama penyokong PAS....Sokong 100%

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman berkata hubungan antara dua parti politik terbesar Melayu / Islam di Malaysia UMNO dan PAS semakin hari semakin baik.

Walaupun PAS kekal sebagai pembangkang namun sudah ada petanda bahawa parti itu telah mula berbaik dengan UMNO.

Beliau menceritakan pengalaman peribadinya jemput hadir dalam satu perjumpaan Selasa lalu oleh kira-kira 40 ahli dan penyokong PAS di Kampung Sungai Buaya Seberang Perak.

Ahli Parlimen Pasir Salak dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata kejadian itu berlaku selepas beliau merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Peladang Kawasan Sungai Buaya.

"Saya telah melawat ke rumah seorang penduduk yang telah usang juga sebuah rumah mangsa kebakaran dan secara kebetulan telah dijemput oleh penyokong PAS itu untuk menghadiri satu majlis perjumpaan di kampung berkenaan.

Menurut Tajudin dalam pertemuan itu penyokong PAS tersebut membangkitkan soal permutuan padi dan keperluan sebuah bilik setor dan beliau menyakinkan mereka bahawa perkara tersebut akan diatasi.

``Bagi saya tiada bezanya kita sama satu bangsa hubungan UMNO-PAS semakin hari semakin baik,’’ katanya.

Sambil berseloroh beliau berkata, PAS tidak payah bertandinglah bagi UMNO menang tanpa bertanding dimana UMNO boleh membantu orang PAS.

``Bagilah UMNO menang tanpa bertanding..kalau PAS bertanding buat buang duit dan masa sahaja ..kalau UMNO menang tanpa bertanding kita boleh tolong apa orang PAS hendak.. nak baik rumah ke, nak peluang ekonomi ke, nak anak belajar ke kita boleh bagi,’’ katanya.

Menurutnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) Perak mempunyai kelebihan untuk menang besar pada PRU ke 14 nanti berikutan tindakan PAS memutuskan hubungan kerjasama atau tahaluf siyiasi dengan PKR baru-baru ini.

Jelas Tajudin matlamat itu boleh dicapai sekiranya UMNO dan BN bekerja kuat tidak leka dan `releks’ dengan terus mengharapkan untuk menang.

Katanya, UMNO dan BN perlu segera mengambil kesempatan di atas keserabutan dan perpecahan dalam kalangan parti-parti pembangkang ini dengan terus bekerja kuat memantapkan lagi kekuatan parti.

``Walaupun berlaku perpecahan di pihak parti pembangkang memberi kelebihan kepada UMNO dan BN namun jangan itu menjadi sebagai pengharap bagi kita untuk menang.

``Kita menang atas kekuatan kita, atas kerja kita dan perjuangan kita barulah kita boleh mendabik dada.

``Dimasa lalu mereka (pembangkang ) bersatu menunjukkan sedikit sebanyak kekuatan mereka untuk mengempur kita tetapi apabila berpecah apa orang kata `bersatu teguh bercerai roboh..insyallah robohlah.’’ Katanya.

Tajudin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Retreat (Permukiman ) Pilihanraya Umum (PU) UMNO Bahagian Pasir Salak di The Kandu Eco Adventure Park, Gopeng pada Selasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana