Kerjasama PAS-PKR tidak ikut sunnah... mengukuhkan pendokong idealogi sekular

Keputusan Muktamar PAS meluluskan usul memutuskan kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seharusnya dibuat sejak dahulu lagi kerana terang-terangan mereka telah dikhianati oleh rakan seperjuangannya.

Kerjasama PAS dan PKR+DAP telah terbukti mengukuhkan idealogi sekularisme dan liberalisme di negara ini, sesuatu yang amat bertentangan dengan sebuah parti berasaskan agama seperti PAS.

Ahli Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA),  Tun Faisal Ismail Aziz berkata keputusan untuk memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR perlu diambil sejak dulu lagi kerana PKR sendiri telah menkhianati PAS dalam beberapa perkara.

"Patut dari dulu lagi (putus hubungan). Banyak kali PKR khianti PAS..kita dalam lihat dalam sokongan terhadap usul Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355. Dalam sokongan juga, PKR khianati PAS. Inilah perkara yang berlaku yang tak seharusnya PAS teruskan bersama PKR," katanya ketika dihubungi AgendaDaily.com pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Muktamar Tahunan ke-63 yang meluluskan usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Muktamar PAS merupakan tempat tertinggi untuk membuat keputusan secara umum sebelum ianya dirujuk kepada Majlis Syura Ulama (MSU) yang berperanan untuk diteliti kemudian menerima atau menolak dengan nas dan dalil-dalil agama setiap keputusan yang dibuat.

Usul bersama 21 bahagian PAS, serta Dewan Ulama dan Dewan Pemuda, diluluskan secara sebulat suara oleh perwakilan dengan laungan takbir.

Dalam usul yang dibentangkan wakil Dewan Ulama PAS, Zulkifli Ismail, PKR dituduh melanggar syarat “tahaluf siyasi” seperti menyokong Parti Amanah Rakyat (PAN) dan menentang PAS dalam pilihan raya, dan dilihat bersama DAP menentang keras usul Akta 355.

Tambah Tun Faisal, kerjasama yang dilakukan oleh PAS, PKR dan DAP yang dibuat bukan mengikut sunnah sebaliknya mengukuhkan pendokong ideologi sekularisme PKR dan DAP.

"Tahaluf siyasi yang dibuat tiga parti ini tidak mengukuhkan kedudukan Islam sebaliknya mengukuhkan pendokong ideologi sosialisme PKR dan DAP. Ini merugikan PAS dan orang Islam. Jadi memang patut kerjasama ini diputuskan," katanya.

Ditanya mengenai tindakan yang akan dilakukan oleh Mohamed Azmin Ali berhubung keputusan muktamar PAS itu, Tun Faisal berkata, Menteri Besar Selangor itu akan melakukan apa sahaja untuk kedudukan survival politiknya kukuh.

"Azmin akan buat apa saja untuk survival politik sebab dia kini berada dalam keadaan yang tidak kuat. Di Selangor sendiri, banyak isu pentadbiran yang berlaku termasuk isu intergriti pegawai kerajaan negeri.

"Azmin akan buat apa sahaja. Jadi sebagai Exco PAS yang berada di dalam pentadbiran negeri Selangor, mereka perlu ikut keputusan yang telah diputuskan muktamar, takkan nak buat keputusan sendiri pula kan?," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana