Kerajaan tidak mahu Proton ditutup macam Perwaja....Mahu Pekerja Hilang Perkerjaaan Ker?

Kerajaan tidak mahu syarikat kereta nasional Proton berhadapan dengan nasib yang dialami Perwaja Steel (Perwaja) sebelum ini, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Menurutnya, kerajaan pimpinan Tun Mahathir Mohamad sebelum ini cuba membangunkan industri besi dan keluli menerusi Perwaja tetapi akhirnya syarikat itu ditutup disebabkan masalah pengurusan pada tahun 1990-an.

“Banyak kerajaan tolong tetapi akhirnya Perwaja ditutup. Ramai pekerja Perwaja kena berhenti dan kilang sudah tidak beroperasi.

“Takkan kita hendak buat Proton begitu. Saya hendak tekankan kita tidak mahu nasib akan jadi macam Perwaja,” kata beliau.

Johari menambah, beliau faham yang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sangat kecewa dengan kerjasama Proton dengan syarikat dari China itu, tetapi apa yang penting Geely adalah rakan strategik yang diharap boleh memajukan Proton.

Malah soal beliau, “pasal apa mereka tidak boleh bangga dengan Proton?”

“Bagi saya semua pihak kena sokong kerjasama ini kerana Geely telah menyelamatkan Proton daripada menjadi seperti Perwaja.

“Kalau Proton sudah jadi Perwaja dan berlaku kehilangan pekerjaan, kita lagi susah,” kata beliau dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia pada Ahad.

Rabu lalu, DRB-Hicom mencapai persetujuan untuk menjual 49.9% pegangan dalam Proton kepada pengeluar kereta China, Zhejiang Geely Holding Group termasuk membolehkan Geely memiliki kepentingan 51% dalam pembuat kereta Britain, Lotus.

Proton yang ditubuhkan pada 1983 sebagai syarikat otomobil pertama negara dihimpit masalah kewangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun mendapat sokongan dan bantuan kerajaan.

Pada 2001, Proton menguasai bahagian pasaran sebanyak 53%, tetapi ia merosot kepada 14% tahun lalu, di sebalik populariti kereta import dan aduan mengenai mutu kereta Proton.

Mahathir bagaimanapun mempertahankan kualiti kereta Proton.

Dalam wawancara itu, Johari dipetik berkata, jika syarikat Malaysia memiliki 50.1% saham dalam Proton dan akhirnya berjaya di peringkat antarabansga, “apa salahnya?”

Johari seterusnya berkata, “kalau Daihatsu boleh bekerjasama dengan Perodua, kenapa Proton tidak boleh sedangkan syarikat Malaysia memiliki 50.1% saham.”

“Ini adalah amalan biasa dalam perniagaan,” kata beliau yang merujuk kepada 1 lagi syarikat pengeluar kereta nasional.

Johari juga memberi jaminan nama Proton akan dikekalkan di bawah perjanjian bersama Geely.

“Itu adalah antara yang dipersetujui dalam perjanjian. Lagipun DRB-Hicom ada majoriti saham dan ada kuasa untuk menentukan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana