Kerajaan perlu ambil tindakan tegas terhadap pihak pecah belahkan perpaduan kaum - MPN

 Majlis Profesor Negara (MPN) mahu kerajaan mengenakan tindakan tegas kepada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu sensitif berkaitan agama dan bangsa sehingga memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif MPN Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata sepatutnya tiada ruang berlakunya perbalahan agama dan bangsa di negara ini, melainkan ada pihak dipergunakan pihak asing untuk kepentingan tertentu.

"Saya ingin menyatakan dalam menangani isu-isu semasa hari ini, perlu ada semangat memberi dan menerima dan kita mesti mendekati perkara-perkara yang halus berdasarkan prinsisp kesederhanaan dan saling hormat menghormati," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Pendidikan Keselamatan dan Kejiranan serta Wacana Sidang Mediasi Komuniti di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini pada Sabtu.

Raduan berkata menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai keperluan menegakkan nilai-nilai positif dalam masyarakat.

Beliau berkata sebagai pemimpin sesuatu bangsa dan agama, masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk membantu kerajaan dalam memastikan keharmonian dan keamanan berterusan.

"Keadaan perpaduan sekarang sangat rapuh apabila soal bangsa dijadikan modal politik oleh sesetengah pihak dan diburukkan lagi dengan ledakan media sosial apabila individu tertentu mengeluarkan dengan sewenang-wenangnya fitnah dan menghina agama lain," katanya.

Beliau mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang melakukan kesalahan tersebut supaya ia menjadi pengajaran kepada orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana