Kecoh seketika insiden Mat Over tampar David Teo di dialog TN50 bersama PM…

Insiden kecil ini agak mengejutkan kerana ia berlaku di depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kediaman rasmi beliau Seri Perdana di Putrajaya Rabu malam.Namun ia berakhir dengan damai.

Tidak lama selepasnya ia terus menjadi viral di facebook dan laman-laman sosial lengkap dengan video apa yang sebenarnya terjadi.

Ia berlaku pada sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri bersama 400 artis, karyawan dan penggiat seni tanah air.

Sesi dialog dimana Datuk Rosyam Nor jadi moderator bermula 8.45 malam itu secara keseluruhan telah berlangsung sempurna.

Najib telah telah bercakap dan berinteraksi dengan hadirin dalam suasana santai.

Ramai kalangan pengiat seni berebut untuk tampil memberi cadangan dan pandangan mereka mengenai isu-isu seni tanah air.

Rata-rata merasa kagum kata ini kali pertama mereka berpeluang dapat berinteraksi sebegini dalam acara khusus dengan Perdana Menteri.

Kejadian gara-gara pelakon veteran yang terkenal menerusi siri ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’,Sulaiman Yassin atau popularnya Mat Over hilang sabar melihat gelagat pengarah David Teo yang dirasanya agak ‘kurang ajar’ di depan Perdana Menteri.

David Teo bikin kecoh sikit bila bangun bercakap dengan nada suara yang nyaring mendakwa dan mempersoalkan cara Rosyam memilih pengiat seni untuk bercakap dan menyampaikan pandangan.

Mat Over yang duduk agak jauh dari situ kemudian datang meluru sambil kedengaran merungut David Teo jangan kurang ajar depan Perdana Menteri lantas menamparnya.

Ia berlaku pada jarak tidka jauh darimana Perdana Menteri berdiri.

Pihak keselamatan kemudian menarik mereka berdua dari situ.

Najib yang kelihatan tenang kemudiannya meredakan insiden dengan meminta Rosyam meneruskan dialog itu.

Bagaimanapun sebelum dialog berakhir kedua-dua Mat Over dan David Teo ‘berdamai’ dan bersalaman serta berpelukan di depan Perdana Menteri dan hadirin.[ LIHAT GAMBAR DIATAS ].

Ditemui kemudian untuk mengulas kejadian itu,Mat Over menjelaskan kenapa beliau naik angin melihat gelagat David Teo.

Katanya,” semua orang nak tanya soalan kepada Perdana Menteri.Rosyam sedaya upaya cuba layan semua orang.Dia (David Teo) nak marah Rosyam itu hal dia tapi bila dia jerit-jerit depan Perdana Menteri itu kurang ajar.

“Ini rumah Perdana Menteri.Kita datang rumah orang kenalah jaga adab.Ini yang saya hot tidak tahan sabar.”

Presiden Seniman,Zed Zaidi pula kata kejadian berlaku sesuatu di luar jangkaan.

Katanya bila Mat Over dan David Teo dibawa keluar oleh pihak keselamatan Rosyam sambung tugasnya sebagai moderator beliau berusaha segera mendamaikan kedua mereka.

“Ramai orang berebut nak tanya soalan kepada Perdana Menteri.Bukan senang nak jaga perasaan semua yang angkat tangan nak tanya dan bukan senang nak layan semua.

“Dua-dua (Mat Over dan David Teo) mengaku silap dan setuju naik pentas minta maaf kepada Perdana Menteri.

“Ini kali pertama kami handle acara sebegini.Harap insiden ini tidak diperbesarkan.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana