Jika putus tahaluf, PKR masih harap 'satu lawan satu' boleh dijayakan...Haiii Jangan Mimpilah Kau Boleh Jadi YB Akan Datang ?

Zuraidah Menang pun banyak sokongan daripada Ahli PAS untuk undinya pada PRU lepas.Kali ini jangan mimpilah nak menang lagi.Inilah yang ditakuti oleh Zuraidah....Bimbang dan berkeceramuk didalam kepalanya.

PKR bersedia menerima apa sahaja keputusan Majlis Syura Ulama PAS, sama ada meneruskan atau menamatkan tahaluf siyasi dengan partinya, petang ini.

Pun begitu, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin berkata beliau masih meletakkan harapan yang tinggi untuk PAS dan parti pembangkang yang lain menjayakan konsep satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Setakat ini, PKR bersedia menghadapi apa-apa kemungkinan. Jadi itu (keputusan putus hubungan) tidak menjadi kekhuatiran bagi kita. Kita pun sudah bersedia untuk mendepaninya dan menanganinya.

"Namun demikian, saya juga berharap sekiranya kalau tidak bersama dengan Pakatan Harapan dan juga Pakatan Rakyat tetapi kita boleh buat satu kaedah yang lain seperti 'electoral pack' untuk memastikan bahawa kita lawan satu lawan satu untuk tumbangkan Umno," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang itu berkata demikian ketika ditanya apakah persediaan PKR untuk menerima keputusan mesyuarat Majlis Syuara Ulama PAS, bersabit kerjasama politik antara dua parti itu.

Majlis Syura bermesyuarat hari ini bagi memuktamadkan hubungan PAS-PKR selepas muktamar tahunannya pada 1 Mei meluluskan tanpa bahas usul putus hubungan yang dijalin sejak 2008.

Sayap Pemuda dan Dewan Ulama PAS sebelum ini bertegas hubungan itu perlu ditamatkan selepas PKR kerap kali melanggar syarat tahaluf siayasi antara mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana