JAKIM perjelaskan lagi mengenai kutipan GST mengikut Islam

Berikutan kekeliruan yang cuba dicetukan kembali megenai kononnya cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah haram mengikut Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada Ahad terpaksa menjelaskan kembali perkara tersebut.

Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha berkata Islam mengharuskan pemerintah untuk mengutip cukai termasuk GST selagi terdapat keperluan berbuat demikian selain mendatangkan kebaikan kepada negara serta rakyat.

Jelas beliau, sebelum GST dilaksanakan, ba­nyak kajian telah dijalankan secara terperinci untuk melihat tahap keperluannya.

Menurutnya, pelaksanaan GST adalah untuk memenuhi tujuan ekonomi, sosial dan kepentingan rakyat meliputi aspek kesihatan, pendidikan, rekreasi, kebajikan serta keselamatan, justeru, kerajaan dibenarkan mengutipnya untuk memenuhi kepentingan umum.

“Merujuk kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang dari 21 hingga 22 Oktober 2014 telah memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti GST selagi mana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat.

“Inisiatif kerajaan ini adalah selaras dengan pandangan para ulama seperti Ibn Hazm, Ibn al-Musili, al-Syafi’i, al-Syatibi dan Ibn Khaldun yang membenarkan kerajaan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara,” katanya.

Beliau menambah, GST juga bukan sahaja dilaksanakan di Malaysia tetapi juga telah dipraktikkan di negara-negara Pertubuhan Islam Sedunia (OIC) se­perti Turki, Maghribi, Pakistan, Mesir, Kazakhstan, Bangladesh, Algeria, Azerbaijan dan Uzbekistan malahan Arab Saudi turut sedang membuat persiapan ke arah sama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana