Iskandar Samad isytihar sokong Azmin....Nak Ikut Jejak PAN Ker?

Belum lagi Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan tapi Exco PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad sudah mengisytiharkan PAS negeri itu akan terus memberi sokongan kepada pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, PAS juga masih bersama kerajaan negeri yang dipimpin PKR itu bagi membolehkan program kerajaan negeri dilaksanakan.

“Maka demi kestabilan kerajaan negeri ditegaskan di sini bahawa PAS masih bersama di dalam kerajaan negeri yang mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum 2013,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Exco-Exco juga akan terus memainkan peranan yang aktif dan berkesan di dalam kerajaan selari dengan komitmen yang telah diberikan untuk mendukung prinsip serta dasar kerajaan negeri sejak Mac 2008,” tambahnya lagi.

Hubungan PAS dan PKR mula tegang selepas Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kedah minggu lalu sepakat untuk memutuskan hubungan politik kedua-dua parti.

Namun, keputusan berkenaan masih tertakluk kepada mesyuarat Majlis Syura Ulamak parti Islam tersebut yang dijangka bertemu dalam masa terdekat.

PAS kini mempunyai 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, selepas dua daripada pimpinannya menyertai parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN).

Selain Iskandar, dua lagi anggota exco kerajaan negeri Selangor daripada PAS ialah Zaidy Abdul Talib dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana