Iskandar nafi diarah berhenti, Yunus dakwa ada muslihat....Tinggal PH Tu...Bersatu Dengan UMNO lah

Exco Selangor Datuk Iskandar Abd Samad menafikan laporan beliau diarah meletak jawatan oleh Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

“Saya tidak menerima apa-apa arahan.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenai laporan media bahawa Azmin mahukan beliau Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib letak jawatan sebagai Exco,” kata Iskandar ketika ditemui di luar acara mesyuarat speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri 2017 di Shah Alam, hari ini.

Tambahnya, pertemuan dengan Azmin semalam adalah ‘sangat baik’.

Spekulasi ini timbul selepas The Star Online melaporkan bahawa Azmin meminta tiga Exco PAS berkenaan meletak jawatan.

Ini susulan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan hubungan tahaluf siyasi bersama PKR seperti yang dimuktamadkan Khamis lepas.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata beliau terkejut apabila membaca laporan media menyatakan Mohamed Azmin meminta mereka meletak jawatan Exco.

Katanya, beliau hanya mengetahui mengenai laporan itu melalui akhbar selain ia sedang hangat diperkatakan.

“Mesej beliau (Mohamed Azmin) yang terkini, beliau kata akan letak Exco PAS dalam Kabinetnya. Saya ambil yang terkinilah.

“Sebab itu saya pun terkejut apabila keluar dalam akhbar tu. Siapa yang mencipta cerita ini?” katanya kepada media.

Dr Ahmad Yunus berkata, dalam pertemuannya dengan Mohamed Azmin yang turut disertai Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi, pagi semalam, Timbalan Presiden PKR itu bertanyakan pandangan mereka selain membincangkan keputusan Majlis Syura Ulama Rabu lalu.

Katanya, beliau dan rakan Exco akan mengambil kira semua pandangan termasuk keputusan PAS Pusat sama ada untuk terus berkhidmat atau sebaliknya.

“Yang saya dimaklumkan Datuk Seri akan berjumpa dengan presiden parti (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail).

Di peringkat PAS sendiri, kita akan menunggu keputusan daripada PAS Pusat.

“Jadi saya tidak berani buat komen apa-apa benda yang belum berlaku,” katanya, selain menambah PAS Pusat juga belum ada keputusan mengenai kedudukan Exco PAS di Selangor.

Ditanya mengenai kenyataan Mohamed Azmin bahawa beliau kecewa, Dr Ahmad Yunus yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor, berkata ia adalah kekecewaan terhadap Majlis Syura Ulama.

“Itu hak dia. Saya pun tak boleh komen apa,” katanya.

Sallehen yang dihubungi juga menyatakan beliau tidak pasti dengan maklumat bahawa Mohamed Azmin mahukan Exco PAS Selangor melepaskan jawatan masing-masing dalam Kerajaan Negeri.

“Ia tidak dibincangkan dalam pertemuan kami semalam. Saya tidak pasti dengan maklumat ini kerana saya tidak mendengarnya daripada Mohamed Azmin sendiri,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar, Mat Shuhaimi Shafiei, ketika ditanya mengenai laporan berita itu, berkata ia tidak benar.

“Kenyataan kita sama seperti semalam. Macam mana akhbar itu boleh laporkan berita itu?” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana