Impian PAN dan DAP berkecai... Sultan perkenan Exco PAS kekal di Selangor

PAS muncul sebagai pemenang dalam hu ha pentadbiran negeri Selangor walaupun sudah berpisah dengan PKR.

Harapan PAN dan DAP untuk 'masuk jarum' dan mengambil tempat PAS terutamanya untuk kerusi Exco kerajaan negeri berkecai dengan titah terbaru Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataannya Sultan Selangor berkenan untuk mengekalkan tiga Exco PAS di Selangor di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sehingga ke tarikh pilihanraya umum akan datang.

Tiga Exco PAS di Selangor adalah Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus serta Zaidy Abdul Talib.

Iskandar memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar; Ahmad (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi) manakala Zaidy adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani.

Menurutnya kedudukan ketiga exco itu dikekalkan demi kepentingan rakyat dan usaha pembangunan di Selangor terus dilaksanakan.

"Baginda juga telah mengambil kira mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada Kerajaan Negeri yang sedia ada untuk terus mentadbir bagi menjamin keharmonian dan pembangunan agar kemakmuran rakyat di Selangor ini tercapai.

"Baginda juga menyeru kepada semua pihak agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi negatif tentang kestabilan Negeri Selangor," katanya.

Hasrat Baginda itu selari dengan permintaan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang mahu PAS dikekalkan di dalam pentadbiran negeri.

"Sultan Selangor juga telah menerima pengadap Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang juga ADUN Sabak Sallehen Mukhyi bersama tiga Exco PAS untuk mengetahui tentang pendirian mereka dan kedudukan mereka dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

"Sultan Selangor Yakin kepercayaan yang diperolehi oleh Datuk Seri Azmin Ali ketika dilantik sebagai Menteri Besar pada September 2014 masih kekal,"kata kenyataan tersebut.

Azmin telah menghadap dan menyembah maklum Sultan Selangor tentang kedudukan semasa barisan kepimpinan MMKN berikutan keputusan PAS Pusat yang memutuskan kerjasama politik bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Sultan Selangor bertitah baginda berkenan dengan hasrat Datuk Menteri Besar untuk mengekalkan ketiga-tiga Exco PAS sehingga pilihanraya umum akan datang,".

Sebelum ini, Azmin turut memberi jaminan kedudukan tiga exco PAS di negeri pimpinannya itu akan kekal demi kestabilan kerajaan negeri menjelang PRU akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL