HINDRAF Memang Biadap Dan Keras Kepala..Pihak Berkuasa Wajib Bertindak Keras

Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan haram yang akan diadakan di sebuah kuil Hindu di Butterworth, Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Azmi Adam berkata perhimpunan tanpa permit itu melanggar undang-undang dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan kerana ia bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Penganjur iaitu seorang anggota jawatankuasa kuil itu telah menghantar notis pada 12 Mei lepas memaklumkan mahu mengadakan perhimpunan atau protes besar-besaran di situ (kuil) bagi menentang seorang mufti dan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik.

"Polis menolak permohonan itu kerana ia melanggar Akta Perhimpunan Aman iaitu mengadakan perhimpunan di tempat ibadat dan terdapat bantahan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bimbang, jika ia diteruskan akan menimbulkan kekacauan dan ketegangan kaum," katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.

Pada Isnin, tiga NGO Pulau Pinang meminta polis mengambil tindakan terhadap Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang didakwa cuba menghasut masyarakat India di negeri ini, supaya menyertai protes besar-besaran di sebuah kuil Hindu di Butterworth Ahad ini.
Azmi berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan orang ramai yang hadir pada perhimpunan itu namun tidak melarang jika mereka mahu bersembahyang di kuil berkenaan.

"Tiga kain rentang digantung di daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan sejak Jumaat lepas bagi memaklumkan perhimpunan itu, juga telah diturunkan,” katanya.

Beliau berkata setakat ini polis menerima dua laporan polis daripada NGO yang membantah penganjuran perhimpunan itu.-Bernama
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment