Gelagat Anwar PM ke-7, Tun M 'main' telefon

Hanya Madey saja yang pegang Phone....

Berdasarkan gambar ini, agaknya Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum bersetuju untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di pilih calon Perdana Menteri jika pembangkang menawan Putrajaya.

Gambar ini di rakam sejurus selepas perasmian Kongres Nasional PKR oleh isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden parti itu.

Plakad yang juga di lihat satu bentuk tekanan oleh pucuk pimpinan PKR untuk meraih sokongan Pengerusi PPBM untuk hasrat menabalkan Anwar sebagai calon PM namun tidak berhasil.

Lebih seribu perwakilan PKR bersama pemimpin mengangkat tinggi plakad berjudul “Anwar PM ke-7”, kecuali Dr Mahathir dan presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Plakad itu dijulang oleh presiden PKR Wan Azizah and timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta pemimpin DAP dan Amanah namun lain tindakan Mahathir dan Muhyiddin.

Mahathir  dilihat “sibuk” dengan telefon bimbitnya manakala Muhyiddin sekadar senyum dan tepuk tangan ketika plakad menyokong Anwar sebagai calon PM dijulang.

Walaupun PKR memperolehi sokongan DAP dan Amanah untuk menjadikan Anwar calon PM namun tidak mendapat persetujuan jelas PPBM.

Mahathir pernah berkata perkara itu harus diputuskan hanya jika pembangkang memenangi pilihan raya umum bagi mengelakkan perbalahan kalangan parti komponen Pakatan Harapan.

Pendirian itu dilihat petanda awal PPBM menyimpan niat untuk mengisi jawatan itu sendiri jika diberi peluang. 
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment