DUN Pujut: PAS mungkin cuba sekali lagi - Jofri

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pujut, yang dijangka diadakan tidak lama lagi, berkemungkinan menyaksikan persaingan di antara PAS dengan Pakatan Harapan (PH) selain berdepan dengan musuh tradisi, Barisan Nasional (BN).

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofrie Jaraiee berkata, pihaknya tidak menolak untuk sekali lagi mencuba nasib bertanding di kawasan tersebut, namun ianya akan diputuskan selepas perbincangan parti peringkat negeri dan pusat.

"Setakat ini kita lihat perkembangan semasa sebab sekarang belum ada pengumuman rasmi daripada SPR, jadi kita akan bincang dulu dengan PAS Sarawak sama ada nak bertanding atau tidak.

"Kita lihat kedudukan semasa sebab kita juga perlu dapat persetujuan PAS Pusat. Kita akan bincangkan perkara ini dalam masa terdekat.

"Setakat ini ada yang kata kita (patut) cuba lagi, ada yang kata kita tumpu pilihan raya umum, jadi kita bincang dulu. Kita juga mahu lihat sokongan daripada kawasan, kalau mereka bersedia, tunggu sahaja (keputusan) nanti," katanya 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana