Dr Mahathir kena telan pil pahit di perasmian Kongres PKR...

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin kenalah telan pil pahit tidak mungkin dapat melihat munculnya calon Perdana Menteri impian mereka jika Pakatan Harapan menang PRU14.

Pengerusi dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyaksi sendiri belang PKR ditayang di depan mereka ketika turut hadir di perasmian Kongres Nasional PKR 2017 di Shah Alam pagi Ahad.

Parti itu terus ‘ kunci’ mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara lima tahun kerana bersalah meliwat sebagai calon Perdana Menteri ke 7.

Pada majlis perasmian itu pimpinan PKR ramai-ramai angkat plakad bertulis ‘ Anwar PM ke 7’ ketika bersama-sama mereka diatas pentas utama.

Dr Mahathir kelihatan tersenyum saja melihat gelagat pimpinan PKR sambil ambil gambar suasana dalam dewan guna telefon bimbit beliau.

Muhyiddin juga kelihatan tersenyum saja.

Hadir sama pada majlis itu otai DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAN Mohamad Sabu.

Kit Siang dan Mat Sabu turut angkat plakad itu.

PPBM kebelakangan ini cuba tonjolkan Dr Mahathir atau Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri dari blok Pakatan Harapan.

Kedua mereka juga setakat ini tidak pernah beri restu terbuka Anwar dinamakan calon Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri itu sekalipun sudah dakap erat PKR,DAP dan Amanah setakat ini cuma berkata isu calon Perdana Menteri biar dibincang kemudian.

Sementara itu Dr Mahathir turut menandatangani petisyen desak pembebasan Anwar dari penjara kerana meliwat.

Langkah itu cetuskan perhatian kerana sebelum ini beliau beberapa kali cuba elak diri terjebak dalam kempen bebas Anwar.

Beliau menandatangani petisyen itu semasa hendak keluar dari dewan perasmian kongres.

Turut sama menandatanganinya ialah anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ditanya wartawan hal itu Dr Mahathir macam nak cuci tangan saja cuma cakap bukan beliau yang sumbat Anwar ke penjara.

Beliau bagaimanapun tidak beri kepastian samaada sokong Anwar jadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Katanya terserah kepada sesiapun buat pilihan mereka.

Mukhriz juga macam tak setuju bila kata soal calon itu perlu dibincangkan dan seseorang perlu dipilih sebelum PRU14.

Orangramai tentu boleh ingat bagaimana pendirian Dr Mahathir tegas kata Anwar tidak layak jadi Perdana Menteri semasa memecatnya kerana kes liwat pertama dulu.

Apakah beliau 'kerana politik' akan buat U-Turn lagi dalam soal itu setelah sebelum ini buat banyak U-Turn termasuk soal dakwa Lim Kit Siang adalah rasis?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana