DR MAHATHIR CUBA ‘CUCI DOSA’ – AHMAD ZAHID

Petisyen ditandatangani Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membebaskan bekas seteru politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanyalah langkah politik mencuci dosanya ketika beliau menjadi perdana menteri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ketika Dr Mahathir memiliki kuasa, bekas perdana menteri selama 22 tahun itulah yang menganiayai Anwar hingga bekas timbalan perdana menteri itu dipenjarakan.

“Kini apabila berada di luar kekuasaan, Dr Mahathir ingin membasuh dosa yang dilakukan dengan mengambil langkah menyediakan petisyen itu.

“Hukuman yang dikenakan terhadap Anwar bukan dikenakan oleh kerajaan, sebaliknya mengikut perundangan dan keadilan sedia ada,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Program Khas Timbalan Perdana Menteri Bersama Media di sini, hari ini.

Semalam, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), menandatangani petisyen untuk membebaskan Anwar ketika hadir pada Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Nasional (PKR) ke-12 bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Ahmad Zahid berkata, ketika ini, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah menghantar surat rayuan untuk memohon Lembaga Pengampunan memberi pengampunan kepada Anwar.

“Cara itu boleh diterima kerana yang menentukan seseorang itu dibebaskan adalah Lembaga Pengampunan.

“Kerajaan tidak berhajat untuk campur tangan (surat rayuan dari Dr Wan Azizah) kerana ia di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dan menyerahkannya kepada Lembaga Pengampunan untuk membuat keputusan,” katanya.

Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana