DI SEBALIK PELBAGAI KUTUKAN… KAUNTER PENDAFTARAN AHLI UMNO DI MENARA DATO’ ONN TERUS DISERBU

Kaunter pendaftaran ahli UMNO di Menara Dato’ Onn terus diserbu pelbagai golongan yang mahu mendaftar sebagai ahli UMNO.

Tinjauan yang dibuat membuktikan walaupun ada pihak yang tidak bertanggungjawab begitu agresif memburukkan imej UMNO di mata rakyat tetapi masih ramai percaya dan terus meletakkan harapan kepada UMNO sebagai sebuah parti yang mampu membela nasib rakyat.

Maslidati Muslan, 32 daripada Bandar Tun Razak berkata, beliau mahu bersama-sama UMNO membantu membela rakyat.

“Saya melihat ibu dan kakak begitu aktif membantu parti dalam membela nasib rakyat yang memerlukan dan ini membuatkan diri saya tertarik untuk menjadi ahli UMNO.

“Secara tidak langsung saya juga mahu membuktikan kepada mereka yang mengatakan UMNO sudah tidak relevan bahawa masih ramai yang percaya dengan perjuangan parti keramat ini,” katanya ketika ditemui di lobi Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Bagi Mohd Faiz Mohd Kamal 30 daripada Kuantan pula menjelaskan bahawa dirinya telah lama berminat untuk menjadi ahli UMNO tetapi kerana sibuk dengan karier menyebabkan hasratnya itu terbantut.

“Sebenarnya saya pernah daftar sebelum ini tetapi bila semak status masih belum berdaftar maka apabila mendapat tahu cawangan PWTC dibuka maka inilah peluang untuk mendaftar secara terus,” ujarnya.

Mengulas mengenai pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja memburukkan nama UMNO beliau menjelaskan, itu semua adalah satu propaganda bagi mempengaruhi rakyat.

“Saya masih percaya dengan perjuangan UMNO walaupun terdapat kelemahan namun hanya UMNO parti yang terbaik dan terbukti sentiasa mendahulukan rakyat,” katanya.

Ibrahim Jamaluddin 62 daripada Serendah pula hadir ke Menara Dato’ Onn semata-mata mahu mendapatkan kad UMNO kerana ia membuat dirinya berasa bangga.

“Sebagai ahli UMNO, kad tersebut adalah lambang kebanggaan diri saya yang selama ini mendokong perjuangan UMNO.

“Saya tidak peduli apapun orang cakap pasal UMNO kerana sejak dahulu hanya UMNO yang begitu agresif membantu rakyat yang susah,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata untuk tempoh semalam saja, seramai 500 orang tampil mendaftar sebagai ahli UMNO di kaunter pendaftaran.

Katanya, jumlah penambahan ahli baharu itu jelas menunjukkan rakyat berpuas hati dengan pimpinan UMNO mentadbir negara ini dan ingin terus menjadikan parti itu sebagai wadah suara rakyat.

“Kehadiran orang ramai hari ini (semalam) mendaftar sebagai ahli baru jelas menunjukkan mereka sedar menguruskan sebuah kerajaan tidak semudah menukar pakaian.

“Kebanyakan yang hadir adalah dari Selangor, mungkin rakyat yang hidup di bawah pentadbiran PKR berasa perlu ada perubahan pentadbiran di negeri terbabit menjelang pilihan raya umum (PRU) nanti,” katanya. – MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana