DI DEPAN AZMIN : ‘KALAU PAS ANAK JANTAN, LETAK JAWATAN DI SELANGOR’

Seorang perwakilan Pemuda PKR (AMK) mencabar exco PAS dan semua lantikan politik di Selangor untuk meletakkan jawatan sekiranya mereka ‘anak jantan’.

“AMK Johor cabar PAS Selangor letak jawatan sebagai exco dan jawatan dalam kerajaan negeri. Mereka kalau anak jantan letak jawatan sekarang,” kata wakil AMK Johor, Naim Jusri pada kongres sayap parti itu di Shah Alam hari ini.

Cabaran Naim itu dibuat lebih seminggu selepas PAS memutuskan hubungan secara rasmi dengan PKR.

PAS bagaimanapun berkata tiga exco Selangor itu tidak akan meletakkan jawatan selagi mendapat perkenan sultan Selangor.

Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu.

Sebagai tindak balas, PKR sebelum ini mengarahkan semua lantikan politik dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan mereka.

Terdahulu, perwakilan AMK Wilayah Persekutuan, Ahmad Azri Zainal Nor mencabar PAS meneruskan rancanganNYA untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu.

“Kerusi kita pun dia nak. (Kerusi) Batu pun dia nak. Saya nak kata pada mereka ini, kalau Batu mereka nak, just bring it on,” kata Ahmad Azri.

PAS menyasarkan untuk bertanding 100 kerusi pada pilihan raya umum akan datang termasuk yang pernah ditandingi PKR. Kerusi parlimen Batu kini disandang Naib Presiden PKR, Tian Chua.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment