DAP CABAR AZMIN ALI PECAT EXCO PAS DI SELANGOR

Tak cukup menggesa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pilihan raya awal di Selangor, hari ini aktivis DAP Dr Abdul Aziz Bari menggesa pula Menteri Besar Selangor itu keluarkan tiga exco PAS atau mereka sendiri meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.



Menggesa mengadakan piliharan raya awal di Selangor kononnya kerana ingin mengelakkan semua spekulasi terhadap kerajaan pimpinan Timbalan Presiden PKR itu dan menyelesaikan masalah perkongsian kuasa dengan PAS yang tidak mempunyai hubungan rasmi dengan PKR dan DAP.



Katanya, mandat baharu daripada pengundi di Selangor akan menamatkan ketidaktentuan yang muncul selepas PAS membuat keputusan memutuskan hubungan dengan PKR pada muktamar parti itu yang baru berakhir.



Kali ini kataya, dalam model Westminster, yang menjadi struktur kepada sistem politik Malaysia, wakil rakyat harus keluar apabila badan tertinggi parti atau kepimpinan tertinggi membuat pendirian.



Gesaannya itu pun kerana beliau tidak dapat menerima kenyataan Azmin semalam yang mengatakan tiada rombakan dalam barisan kepimpinan negeri kerana pengundi pada pilihan raya lepas memilih PAS, serta DAP dan PKR untuk bersama membentuk kerajaan negeri.



“Ketua eksekutif, sama ada perdana menteri, menteri besar atau ketua menteri, boleh keluarkan anggota kabinet mereka,” kata Abdul Aziz.



Petang semalam, Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan tahaluf siyasi antara PAS dan PKR terbatal. Malah menyerahkan persoalan sama ada 3 exco mereka perlu berundur dari kerajaan Selangor kepada Jawatankuasa Kerja Pusat PAS.



Abdul Aziz berkata dari sudut perundangan, keputusan Majlis Syura Ulama hari ini bersifat menasihat dan tidak mempunyai kesan perundangan.



“Jadi, tiada cara lain exco PAS boleh kekal dalam pentadbiran Selangor selepas keputusan muktamar, yang secara sah merupakan badan pembuat keputusan tertinggi dalam sesebuah parti politik,” katanya.



Manakala, Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin pula menggesa semua parti pembangkang menumpukan kepada pembentukan kerajaan persekutuan baharu tanpa PAS.



“Kita tahu ada dalam kalangan pemimpin PAS yang mahu bekerjasama dengan kita. Di pihak kami, kita cuma perlu teruskan mandat sedia ada. Apa yang penting ialah dapatkan mandat baharu dari rakyat pada pilihan raya umum akan datang.



“Terpulang kepada parti politik untuk membuat keputusan bagaimana mencipta suatu pakatan pilihan raya atau gabungan.



“Siapa kita untuk menghalang mereka apabila ia adalah hak PAS memilih jalannya sendiri?”



“Tetapi saya perlu katakan saya nampak alasan yang PAS berikan untuk memutuskan tahaluf siyasi sebagai ‘tidak sah’. Ini adalah keputusan PAS,” kata Afif.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana