Dakwa negara bangkrap: DAP digesa minta maaf kepada rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Pakatan pembangkang, khususnya DAP perlu meminta maaf kepada rakyat di negara ini kerana berulang kali membohongi rakyat dengan dakyah mereka yang mendakwa bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang bakal bankrap.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma berkata, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya membawa masuk pelaburan sebanyak lebih 300 bilion daripada Arab Saudi, India dan juga China.

Katanya, termasuklah fakta kenaikan KDNK yang meningkat sebanyak 5.6 peratus, di mana ianya lebih tinggi daripada pencapaian KDNK negara jiran seperti Singapura.

“Saya menggesa pembangkang, khususnya Dap agar segera meminta maaf kepada rakyat di negara ini kerana tindakan mereka menyebarkan dakyah kononnya Malaysia sudah mahu bankrap.

“Tindakan mereka menyebarkan dakyah palsu seperti itu menimbulkan rasa panik dan kaget di kalangan rakyat sedangkan hakikatnya perkara itu tidak benar sama sekali.

“Perbuatan DAP itu bagi saya amat tidak bertanggungjawab dan menimbulkan rasa cemas di kalangan rakyat di negara ini serta memburukkan nama negara di mata pelabur asing dunia. Mereka sepatutnya meminta maaf kepada semua rakyat di negara ini atas perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab itu,” tegasnya hari ini

Justeru itu beliau meminta rakyat di negara ini agar berhati-hati menerima sebarang maklumat yang disebarkan oleh pihak pembangkang lantaran mereka ini sanggup membuat tohmahan dan fitnah demi kepentingan serta keuntungan politik mereka.

“Saya lihat pembangkang hari ini sanggup berbuat apa saja termasuk menyebarkan tohamahan dan fitnah terhadap kerajaan BN. Tindakan seperti ini yang dilakukan demi untuk meraih pengaruh dan keuntungan politik bagi pihak mereka amat tidak boleh diterima.

“DAP juga sanggup memburukkan nama negara mereka sendiri di luar negara dengan menjaja perkara-perkara yang tidak betul sehingga boleh menyebabkan timbulnya persepsi negatif di kalangan orang luar, khususnya pelabur asing terhadap negara kita.

“Perbuatan mereka itu tidak langsung menggambarkan kesetiaan mereka kepada negara kerana sanggup memburukan nama negara sendiri bahkan menipu rakyat di negara ini hanya keraba mahukan keuntungan politik dan mahu berkuasa di negara ini.

“Sudah sampai masanya rakyat memberikan isyarat untuk menolak politik kotor seperti yang dilakukan oleh DAP ini dengan bermodalkan fitnah dan tohmahan yang mana pastinya tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat dan negara kita ini,”ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana