CEO Malaysiakini didakwa di mahkamah kes siar video…Padan Mukanya

Gara-gara menyiarkan klip video yang mengkritik kewibawaan Tan Sri Apandi Ali sebagai Peguam Negara,CEO portal Malaysiakini.com, Premesh Chandran dihadapkan ke mahkamah Isnin atas dua tuduhan.

Beliau didakwa menyiarkan klip video sidang akhbar orang kanan Tun Dr Mahathir yakni Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di laman KiniTV pada 27 Julai tahun lalu dibawah tajuk "Khairuddin: Apandi Ali not fit to be AG, he should quit immediately".

Premesh didakwa atas dua pertuduhan, dengan sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain menerusi video yang mengkritik Apandi.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hakim Zaman kemudian membenarkan Premesh diikat jamin sebanyak RM2,000 bagi setiap tuduhan dan menetapkan 15 Jun ini bagi sebutan kes.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana