Bila semua rahsia sudah terbongkar, Kit Siang cuba "divert" issue dengan menyerang Tan Sri Annuar Musa.

Hari ini, pemimpin kanan Democratic Action Party (DAP) Lim Kit Siang (LKS) "membidas" Ketua Penerangan UMNO merangkap Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa (TSAM) kerana kononya terlibat dalam penghasilan satu buku yang menceritakan secara terperinci sikap rasis dan ultra-kiasu Lim Kit Siang (LKS) terhadap orang Melayu Islam di negara ini.


Lawan tetap lawan!

Pertama sekali, aku sedar bahawa punca utama LKS berang dengan TSAM adalah kerana buat pertama kalinya TSAM telah berusaha untuk mendokumentasikan sikap rasis dan ultra-kiasu LKS dalam sebuah buku supaya mudah sebagai rujukan buat orang Melayu Islam di negara ini. Sebelum ini maklumat tentang LKS "berterabur" jadi apabila sudah dibukukan LKS tidak boleh lari lagi dari isu ini.

Keduanya, mengapa LKS begitu defensif apabila sikap rasis dan ultra - kiasu beliau dibongkarkan oleh TSAM? Kami tahu antara punca utama bahawa LKS berang dengan TSAM juga adalah kerana apabila buku ini diedarkan kelak, peluang untuk DAP menipu orang Melayu dan meraih sokongan orang bumiputera akan gagal sama sekali. Ini akan menyebabkan DAP hilang kuasa dan mereka amat takut akan perkara ini.

Ketiga, jika LKS benar - benar bukan Anti Melayu dan Islam, bolehkah beliau menukar perlembagaan parti itu agar selaras dengan Perlembagaan Persekutuan iaitu mema­sukkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hak istimewa orang Melayu? Perkara ini tidak mustahil untuk dilakukan oleh LKS kerana beliau sememangnya berkuasa didalam DAP.

Keempat, bagi membuktikan dirinya bukan anti-Islam, Kit Siang juga perlu menyatakan sokongan terhadap Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355 serta hukum hudud.

Kedua-dua undang-undang tersebut tidak ada kena mengena de­ngan mereka yang bukan Islam, tetapi Kit Siang paling kuat menentang pelaksanaan undang-undang syariah untuk umat Islam tersebut.

Sebagai konklusinya, Kit Siang harus cermin diri beliau dahulu sebelum menggelarkan orang lain sebagai rasis. TSAM, aku dan ramai lagi orang telah membuktikan bahawa LKS merupakan seorang yang anti Melayu & Islam.

Apa lagi Lim Kit Siang mahu?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana