Azmin sukar untuk pertahan Selangor...Padan Mukanya

Perjalanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat sukar dalam mempertahankan kerajaan di bawah tampuk pimpinannya di negeri Selangor.

Menurut Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Salawati Mat Basir, ini kerana setiap masalah yang berlaku di negeri itu adalah kritikal dalam mencari jalan penyelesaiannya kerana melibatkan gabungan parti pembangkang lain yang sudah berpecah, seperti PAS dan DAP.

Susulan daripada itu, Azmin yang cuba bertindak sebagai orang tengah untuk meleraikan ketegangan yang berlaku sekali lagi gagal apabila PAS sendiri kali ini telah memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Keadaan tersebut sekaligus memberi kelebihan kepada UMNO-BN apabila secara jelas parti itu masih konsisten dalam aspek kesatuan dan ia merupakan asas terpenting bagi mempertahankan hak rakyat.

“Perjalanan Azmin untuk mempertahankan kedudukan sebagai MB Selangor dilihat agak sukar sebab apabila pembangkang berpecah dan saling berbalah sudah pasti BN dilihat agak selesa kerana setakat ini BN masih utuh komponen-komponen partinya. Rakyat sangat berharap kepada parti yang dilihat mampu membawa Malaysia kehadapan lebih maju lagi.

“Perpecahan mereka sebenarnya memberi kelebihan BN terutama di kawasan luar bandar. Dalam hal ini, silapnya datang sendiri dari pembangkang, bukan lagi kerajaan, dan rakyat lihat semua ini,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas situasi terkini yang berlaku apabila PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Keputusan itu dibuat oleh Majlis Syura Ulama selepas diluluskan di peringkat perwakilan dalam Muktamar PAS baru-baru ini di Kedah.

PKR Pusat kemudiannya telah mengadakan mesyuarat tergempar mengenai perkara itu dan hasilnya parti tersebut dikatakan akan membuat perundingan semula dengan PAS.

Salawati secara peribadi mengulas lanjut tentang perkara itu berkata PAS sebenarnya telah membuat keputusan yang tepat.

“Pada saya PAS telah membuat keputusan yang tepat kerana PKR seringkali menghina PAS dalam banyak perkara secara terbuka, walaupun PKR menafikan, tetapi mereka di pihak PAS saya yakin mereka juga tahu menilai tentang perkara ini dan sebab itu mereka berani membuat keputusan seperti itu untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR,” ujarnya ringkas.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL