Azmin gentar dengan pengaruh PAS punca tak rombak Exco...Sapa Tak Sayang Jawatan Bebbbb?

Datuk Seri Azmin Ali dilihat ‘gentar’ dengan PAS sehingga tidak berani melakukan rombakan Exco pentadbirannya kerana Menteri Besar itu sedar PAS Selangor mampu menggugat jawatan di­sandangnya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Noh Omar berkata, pada masa sama Mohamed Azmin bertindak memperkudakan DAP dan PAN demi memastikan kelangsungan kuasanya tetap terjamin.

“PAS telah memutuskan hubu­ngan dengan DAP dan PAN, tetapi pada masa sama beliau (Mohamed Azmin) masih bersama PAS, malah gentar kerana sedia maklum bahawa parti tersebut mempunyai kekuatan tersendiri.

“Oleh itu, beliau hanya bersikap mementingkan diri kerana hanya perkudakan DAP dan PAN untuk kekalkan jawatan tetapi takut dengan PAS,” katanya.

Semalam, Timbalan Presiden PKR itu memberi alasan kuota Exco sudah penuh walaupun sekutu PKR dalam Pakatan Harapan diketuai DAP iaitu PAN memberi tekanan kepadanya agar melakukan rombakan di peringkat pentadbiran negeri ekoran pendirian terkini PAS.

Dalam pada itu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, kerajaan Selangor sebenarnya sudah menjadi caca-marba dan hanya menjaga kepentingan politik sahaja dan bukannya rakyat.

“Pakatan Harapan diketuai DAP telah memutuskan bahawa tiada lagi kerjasama bersama PAS tetapi Exco masih lagi bersama kerana hanya mementingkan politik semata-mata.

“Mohamed Azmin tidak lagi mementingkan rakyat, tetapi hanya memikirkan kedudukannya sebagai Menteri Besar. Walaupun parti bertelagah, tetap jadi Exco kerana politik dan bukan atas dasar perjuangan membela rakyat,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL