AP kereta: Azmin tak berminat layan polemik Zuraida-Rafizi

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau lebih berminat melakukan kebaikan dan kerja amal sepanjang bulan Ramadan ini daripada terbabit dalam perbalahan Zuraida Kamaruddin dengan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung isu permit import (AP).

“Saya tidak berminat dalam polemik seperti ini. Saya berminat untuk melakukan kerja-kerja kebajikan ketika di bulan Ramdan ini,” kata menteri besar Selangor itu pada majlis perasmian mengagihkan bubur lambuk di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Timbalan presiden PKR itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Rafizi mendedahkan dirinya tidak menggunakan AP bagi menyindir Zuraida yang juga ketua Wanita PKR.

“Saya adalah antara ahli Parlimen yang bodoh kerana tak pakai AP. Sekian dimaklumkan,” tulis Rafizi yang juga Ahli Parlimen PKR Pandan di Twitternya semalam.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Zuraida yang dipetik Sinar Harian sebagai berkata, semua kenderaan mewah yang dibelinya adalah atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen PKR Ampang yang diperuntukkan AP.

“Saya sebagai ahli Parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu,” kata Zuraida dipetik akhbar itu.

Zuraida mengakui gemar memilih barang berkualiti termasuk kereta import, bahkan turut mencabar mana-mana individu yang mengaitkannya dengan isu rasuah membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Sesiapa anak jantan pergi buat laporan, sampai sekarang saya tidak pernah disiasat SPRM,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana