Anwar keliru alasan PAS putus hubungan dengan PKR...Impian Nak Jadi PM boleh Lupa Lah

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim keliru dengan tindakan Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan hubungan dengan parti itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar mendakwa, alasan yang diberikan PAS untuk memutuskan hubungan terutama dalam hal berkaitan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 adalah tidak tepat.

"Namun, saya musykil kerana alasan yang diberikan tidak tepat, terutama dalam kaitan dengan RUU355.

"Ternyata pimpinan PAS tidak meneliti kenyataan saya dan presiden PKR yang menghormati hak Abdul Hadi dan mengusulkan supaya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan," katanya dalam kenyataan tersebut.

Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan liwat berkata, beliau menghargai pemimpin-pemimpin PAS seperti Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bekerjasama dengan PKR untuk menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).

Anwar berkata, PKR telah melakukan segala-galanya untuk mengekalkan muafakat politik itu dan ia dilakukan untuk membawa perubahan kepada rakyat Malaysia.

"Saya mengulangi kenyataan presiden PKR bahawa parti tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf siyasi semenjak terbentuknya muafakat politik walaupun ada pihak yang mentohmah PKR dengan tohmahan yang tidak adil dan tidak wajar," katanya.

Beliau berkata perkembangan politik terkini ini menjejaskan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali, yang juga timbalan presiden PKR.

"Saya yakin Azmin terus menerajui negeri Selangor berdasarkan mandat penuh rakyat dan khidmat rakyat yang dicurahkan selama ini," katanya.

Majlis Syura PAS pada Khamis memutuskan untuk menamatkan kerjasama politik parti itu dengan PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana