15 pegawai dan anggota polis Melaka terlibat rombakan fasa pertama

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata 15 pegawai dan anggota polis ditukar Melaka ditukar serta merta.

Ini berikutan kes melibatkan SPRM baru-baru ini.

Menurutnya pelaksanaan rombakan besar-besaran di peringkat dalaman terhadap anggota polis yang kini dalam fasa pertama.

“Banyak yang diperkatakan mengenai apa yang berlaku di Melaka. Saya menerimanya dengan perasaan positif dan kita akan ambil langkah perbetulkan keadaan.

“Pusingan pertama (rombakan) kita sudah lakukan, beberapa arahan lain juga akan dibuat,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

Khalid juga akan turun ke Melaka Jumaat ini bagi melawat kontinjen di Melaka dan mendengar sendiri luahan warga polis.

Pada 15 Mei lalu, polis mengumumkan bakal melakukan rombakan besar-besaran terhadap Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman susulan penangkapan 16 anggota.

Malah, seorang pegawai kanan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah kini ditahan reman selama 7 hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berkaitan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka.

Lelaki berusia 49 tahun itu merupakan ketua bahagian siasatan jenayah daerah Melaka Tengah adalah individu ke-12 ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Khalid turut menasihatkan mana-mana anggota polis atau masyarakat luar yang mempunyai maklumat tentang salah laku anggotanya untuk tampil ke depan.

“Kepada warga PDRM, jika berlaku perkara sedemikian, laporkan kepada kita. Tidak perlu perkenalkan diri, ia juga boleh dilakukan melalui telefon dan secara atas talian jika tidak mahu dikenali.

“Saya juga alu-alukan rakyat Malaysia melaporkannya melalui platform media sosial mengenai salah laku warga PDRM,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana