TIDAK AKAN ADA KEBEBASAN BERSUARA SEKIRANYA DAP JADI KERAJAAN

Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 31 Mac 2017
Fuh! Sin Chew telah menerima satu lagi surat cinta dari Tokong untuk menyerang Tay Tian Yan kerana artikel beliau pada hari Ahad.
Tokong seorang yang bersifat sangat diktator. Kita tidak boleh membiarkan DAP atau Pakatan mengambil alih Kerajaan persekutuan atau kita tidak akan ada kebebasan untuk bersuara dan kebebasan akhbar.
Korea Utara mungkin mempunyai lebih kebebasan dari Malaysia yang dikawal Tokong.

Pada hari Ahad, Timbalan Ketua Editor Sin Chew Daily Tay Tian Yan telah menulis jangkaan beliau ke atas DAP, menyatakan dalam cara yang sentimental bagaimana beliau yang mulanya meyokong parti itu kini telah berasa begitu kecewa dengannya. Walaupun kata-kata itu adalah gambaran perasaan peribadinya, namun ia juga mencerminkan perasaan ramai yang lain.
Malangnya, artikel Tay telah dibalas dengan surat daripada pejabat Setiausaha Agung DAP bertajuk ‘DAP has never let anyone down!’ dalam usaha untuk memburuk-burukkan Tay dan Sin Chew Daily, seperti yang biasa dilakukan oleh parti itu kepada pesaing-pesaingnya.
Walaupun kami mengalu-alukan surat daripada pejabat Setiausaha Agung DAP untuk mengadakan komunikasi rasional dengan kami, kami berharap ia akan terus mengamalkan sikap yang lebih murah hati dan berfikiran terbuka dan bukannya menggunakan taktik kotor dan membuat tuduhan tidak berasas bahawa media tempatan bahasa Cina mempunyai “akhlak yang buruk” kerana dimanipulasi oleh Barisan Nasional.
Tuduhan fitnah seperti itu tidak hanya akan merendahkan martabat Sin Chew Daily, tetapi juga telah menafikan segala usaha dan kerja keras yang telah kami lakukan selama lebih 88 tahun yang lalu dalam memenuhi keperluan masyarakat Cina tempatan.
Ianya menyedihkan bahawa DAP telah memilih untuk menutup pintu komunikasi rasional.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana