Tengku Adnan dedah pembangkang dalangi kenaikan harga di restoran...

Kita boleh jangka kemungkinan ini.Apa tidaknya ia salah satu cara berkesan untuk bikin rakyat marah pada kerajaan.

Siapa yang tidak naik angin kalau terus menerus harga naik termasuk bila ke restoran sekalipun kerajaan ambil pelbagai langkah untuk mengawal harga.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Ahad secara terbuka mendakwa pembangkang ada peranan dalam  harga melampau yang dikenakan oleh para peniaga dan pengusaha restoran.

Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO dan BN berkata penetapan harga ditentukan oleh pertubuhan yang dianggotai oleh pengusaha restoran.

Dakwa beliau pertubuhan pengusaha restoran yang sedia ada turut dianggotai oleh puak pembangkang.

 Tengku Adnan kata beliau kenal pasti bila ada mesyuarat pertubuhan restoran yang ada orang DAP dan PKR, puak inilah yang berperanan menidakkan apa yang kerajaan cuba bantu rakyat selain memastikan harga ini diperbetulkan.

"Pada saya, ia memang didalangi oleh pihak pembangkang,"katanya ketika ditemui wartawan di Perasmian Karnival Ceria dan Sukan Komiti Jom Bantu Rakyat di Padang Perumahan Awam Seri Johor, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu Tengku Adnan menjelaskan teguran beliau baru-baru ini berhubung caj melampau yang dikenakan peniagan ini tidak tertumpu kepada peniaga India Muslim sahaja seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Katanya ia juga melibatkan kedai Melayu,Cina dan India.
Katanya secara kebetulan teguran itu dibuat semasa mesyuarat agung tahunan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) pada 15 April lalu.

"Saya cakap yang betul, saya boleh tunjuk bukti daripada WhatsApp rakyat kepada saya bil yang tak masuk akal,"katanya.

Beliau berkata walaupun subsidi gula lebih awal dikurangkan sebanyak 34 sen perkilogram, beberapa restoran menaikkan harga secawan teh tarik sebanyak 50 sen.

"Adakah terdapat satu kilogram gula di dalamnya (secawan teh tarik)? Mengapa?

"Begitu juga dengan tepung dan minyak masak. Mengapa harga sekeping roti canai naik mendadak?,katanya semasa mesyuarat agung KIMMA.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana