TAHUKAH ANDA, ADA 7 KHASIAT TERSEMBUNYI AIR KELAPA UNTUK ANDA…

Siapa yang tak sukakan air kelapa? Ramai yang menggemari air kelapa yang pastinya menyegarkan tekak, lebih-lebih lagi ketika musim panas.

Bukan itu je, air kelapa mampu menghilangkan dahaga dan menyejukkakan badan.

Tapi, masih ramai yang tidak tahu khasiat tersembunyi air kelapa untuk kesihatan dan kecantikan.

1. Turunkan berat badan

Air kelapa mengandungi lemak yang sangat rendah. Malah, air kelapa membantu meningkatkan selera makan dan mengenyangkan kerana kaya dengan khasiat semulajadi.

2. Rawat masalah kulit

Bagi anda yang ada masalah seperti jerawat, parut dan gatal kemerahan, membasuh kulit dengan air kelapa bertindak membantu merawat dan melembapkan kulit.

3. Hilangkan rasa perut kurang selesa

Setiap kali berdepan dengan masalah perut, air kelapa mampu
beri keselesaan pada perut. Air kelapa boleh menggantikan cecair yang hilang dari tubuh akibat kekerapan kencing dan muntah.


4. Atasi pedih hulu hati

Kandungan serat tinggi di dalam air kelapa mampu atasi masalah kurang hadam dan membantu mengurangkan masalah ‘acid reflux’. Air kelapa mampu memberi rasa lega pada perut.


5. Tingkat hidrasi tubuh

Sangat berkesan untuk menghidrat tubuh badan lebih-lebih lagi selepas bersukan dan dijadikan minuman tenaga. Tak perlu dah minuman lain yang pastinya tidak baik untuk tubuh.


6. Kaya dengan nutrisi

Minuman tenaga yang dijual tidak mengandungi nutrisi penting. Air kelapa mengandungi lima elektrolit penting di dalam badan termasuk kalsium, magnesium, fosforus, kalium dan natrium.

7. Cantikkan kulit

Air kelapa meningkatkan cecair dalam tubuh dan menjadikan kulit sentiasa dalam keadaan lembab. Jika anda ada masalah kulit, bilas wajah dengan air kelapa untuk kesan luar biasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana