Syabasss PResiden PAS!!!!! RUU355: Umat Islam jangan maafkan Pakatan Harapan - Haji Hadi

Umat Islam tidak boleh memberi kemaafan kepada pihak yang terang-terang membantah pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) di Parlimen pada 6 April lalu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, umat Islam wajib menolak parti politik dan kumpulan yang membantah pembentangan RUU 355 kerana mereka telah terbukti tidak mampu berlaku ke adil ke atas Islam, bersifat cauvinis dan opportunis.

Kata beliau, parti politik terbabit sekurang-kurangnya patut berdiam diri dan bersikap terbuka apabila RUU 355 dibentangkan kerana ia bertujuan meninggikan kedudukan agama Islam di negara ini.

Malangnya, kata beliau, parti politik dan kumpulan terbabit menunjukkan penentangan yang hebat, malah berkempen bagi menghalang RUU 355 serta mengugut pihak yang tidak bersetuju dengan mereka.

“RUU 355 adalah tangga menaikkan hukum syariat. Apabila ditentang bermakna menghalang jalan Allah, keadilan dan rahmat-Nya, bermaksud mahu meroboh tangga yang menaikkan Islam. Tindakan menghalangnya adalah satu kezaliman dan kejahatan yang tidak boleh diizinkan oleh umat Islam.

“Tindakannya juga mengancam perpaduan masyarakat majmuk dengan maksud melemahkan umat Islam yang menjadi terasnya, tanpa menghargai sikap Islam yang terbuka dan fleksibel terhadap semua,” tegasnya dalam satu kenyataan Ahad.

Justeru, Abdul Hadi mengingatkan seluruh umat Islam mengenai peringatan Allah S.W.T tentang golongan munafik serta syaitan yang akan menganggu setiap perjalanan menuju ke arah Islam dengan mewas-waskan hati manusia.

“RUU 355 berjaya menyatukan semua penganut Islam termasuk paling jahil agamanya, namun masih wujud jati diri Islamnya tanpa mengira aliran politik dan pendidikan kecuali segelintir yang terpinggir laksana melukut di tepi gantang,” katanya.

Abdul Hadi baru-baru ini membentangkan RUU 355 di Parlimen yang bertujuan meminda akta bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah termasuk meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas umat Islam yang berzina dan minum arak.

Perbahasan RUU 355 yang sepatutnya diadakan selepas pembentangannya terpaksa ditangguhkan pada sesi akan datang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat ekoran provokasi melampau Ahli Parlimen Pakatan Harapan dalam membantah RUU355.

Parti sekular DAP yang mengetuai Pakatan Harapan pernah mendakwa RUU 355 merupakan strategi halus PAS untuk melaksanakan hudud yang zalim, kuno dan tidak bertamadun di negara ini.

Anggota parti Pakatan Harapan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) pula mendakwa RUU 355 tidak boleh dibenarkan di Malaysia kerana ia mengelirukan dan menimbulkan keresahan umat bukan Islam.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut membantah RUU 355 dengan mengemukakan hujah Islam melarang menangkap dan menghukum mereka yang berzina selagi zina itu dilakukan secara sembunyi-sembunyi seperti dalam bilik yang berkunci.

Perbuatan Pakatan Harapan di Parlimen itu menimbulkan kemarahan umat Islam negara ini menyebabkan bekas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba membuat pengumuman kononya beliau menyokong RUU 355.

“Walaupun RUU 355 melalui proses demokrasi paling lembut perjalanannya melalui parlimen dengan kebijaksanaan Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguh lagi untuk memanjangkan perbahasannya bagi memberi peluang lebih panjang kepada semua pihak PAS dan semua yang menyokongnya daripada UMNO dan lain-lain menerima dengan terbuka.

“Penentangnya laksana batu besar yang dicampak ke dalam lubuk tenang yang tidak disangka adanya buaya. Mencetuskan perkara yang tersasul apabila menimbulkan Peraturan Mesyuarat yang tidak menyentuhnya sedikit pun. Niatnya untuk memamah masa supaya tidak ada ruang langsung bagi RUU 355,” katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment