Syabasss!!!! PM Serah Peruntukan RM80 Juta Kepada Sekolah Pondok, SMAR, Tahfiz

Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menyerahkan peruntukan sebanyak RM80 juta kepada sekolah pondok berdaftar, Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan institusi tahfiz.
Perdana Menteri berkata peruntukan di bawah Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah seperti mana yang diumumkan dalam Bajet 2017 itu bertujuan memperkasa dan memperkukuhkan institusi pendidikan agama ke arah lebih cemerlang.

Dari jumlah itu, sebanyak RM30 juta diperuntukkan bagi menyelaraskan dan membangunkan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN), kali pertama peruntukan seumpamanya diberikan kerajaan dalam sejarah pendidikan tahfiz negara, katanya.
"Jika itu hasrat ibu bapa (menghantar anak ke sekolah tahfiz), maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menentukan ia bukan sahaja pilihan ibu bapa tetapi satu pilihan yang dapat melahirkan insan-insan yang cemerlang.

"Sebab itu, saya mengambil keputusan meluluskan peruntukan tersebut untuk menggalakkan DPTN yang digubal boleh menentukan garis panduan supaya pembangunan pendidikan tahfiz menjadi lebih tersusun dan bersistematik," katanya ketika berucap pada majlis penyampian peruntukan itu di Seri Perdana di sini.

Majlis penyerahan peruntukan membabitkan 819 penerima mewakili sekolah pondok, SMAR dan institusi tahfiz dari seluruh negara itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana