Surcaj air: Guan Eng 'denda' rakyat Pulau Pinang kali kedua

Cadangan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang untuk sekali lagi menaikkan kadar surcaj penggunaan air domestik atas alasan pemuliharaan air adalah tidak wajar dan akan membebankan pengguna-pengguna yang terlibat.

Kenaikan kadar surcaj pemuliharaan air ini adalah kali kedua sejak ia mula diperkenalkan pada November 2010. Kempen penjimatan air oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan mengenakan surcaj pemuliharaan air atau SPA sejak 2010 ini bagaimana pun telah gagal mengurangkan penggunaan air per kapita negeri Pulau Pinang.

Atas alasan penggunaan air per kapita masih tinggi dan tidak menunjukkan penurunan, Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang pada September 2013 telah menaikkan kadar surcaj sebanyak 100 peratus; dari 24 sen ke 48 sen bagi setiap 1000 liter penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan.

Kini April 2017, dengan menggunakan alasan yang serupa, Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng sekali lagi akan menaikkan surcaj pemuliharaan air, kali ini lebih 100%; dari 48 sen kepada 100 sen bagi setiap 1000 liter penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan.

Ini adalah peningkatan surcaj kali kedua.

Tindakan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang mendenda atau "penalized" rakyat Pulau Pinang dengan mengenakan surcaj pemuliharaan air masih gagal menurunkan kadar penggunaan air per kapita harian negeri.

Tindakan Kerajaan Negeri itu tidak berjaya menurunkan kadar penggunaan air tetapi berjaya memberi pendapatan tambahan dan seterusnnya keuntungan kepada PBAPP dan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang.

Perlu diingatkan, pada 2015 tarif air domestik bagi Negeri Pulau Pinang juga telah dinaikkan sebanyak 16.7 % oleh Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang walaupun Kerajaan DAP Pulau Pinang telah berkali-kali berjanji untuk tidak menaikkan tarif air di Pulau Pinang.

Selama 15 tahun (1993-2008) di bawah Kerajaan Negeri Barisan Nasional, tidak pernah sekali pun tarif air dinaikkan.

Malah juga tiada sebarang surcaj pernah dikenakan ke atas pengguna-pengguna air di Pulau Pinang namun PBAPP pada tempoh itu masih mampu memberikan bekalan air bersih yang berkualiti dan perkhidmatan yang baik kepada rakyat Pulau Pinang.

Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang seharusnya lebih bertimbang rasa dengan masalah sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat Pulau Pinang.

Tindakan Kerajaan Negeri dan PBAPP menaikkan surcaj akan hanya menambah bebanan ke atas mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana