Sedarlah Penyokong PKR!!!!! Taubatlah Rafizi - Hadi

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli supaya segera bertaubat kerana membuat tuduhan PAS menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Presiden PAS itu berkata, tuduhan Ahli Parlimen Pandan itu adalah satu tuduhan dan pembohongan besar daripada seorang yang beragama Islam. "Sebagai seorang Islam, itu satu tuduhan yang bohong 300 peratus. Kita anggap beliau jahil dan tidak tahu dosa pahala. "Kepada saya, kesalahan beliau dengan saya (berhubung tuduhan itu) sudah dimaafkan kerana beliau tidak tahu.

"Adapun beliau dengan tuhan, beliau mesti bertaubat dengan tuhan," katanya ketika ditemui pada majlis menyambut kepulangannya ke negeri ini di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini, sebentar tadi, selepas membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355) di Dewan Rakyat, minggu lalu. Rafizi sebelum ini mendakwa mempunyai bukti dan maklumat mengenai individu rapat dengan PAS yang menerima dana daripada 1MDB.

Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mengharapkan orang bukan Islam tidak mengganggu, sebaliknya memberi kerjasama mengenai isu RUU 355, demi perpaduan masyarakat majmuk negara ini. "Usul ini mendapat sokongan seluruh umat Islam tanpa mengira parti dan fahaman politik. Kita juga sedia untuk beri penjelasan kepada semua pemimpin bukan Islam mengenai RUU 355," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana