“SEBAGAI MUFTI CAKAP PAKAI OTAK LA, JANGAN JADI MACAM BABI”

SEBUAH portal pro pembangkang Free Malaysia Today hari ini ada melaporkan tentang sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkaitan isu menghalang dakwah.

Menurut laporan portal tersebut, Asri atau MAZA telah memuatnaik status di laman facebooknya mengenai perkara itu. Namun ia dilihat menggunakan bahasa yang agak keterlaluan sehingga boleh membawa kepada sentimen keagamaan.

“Apabila yang mempertuhankan lembu bersatu, lantas menyeru agar pendakwah kita dibelenggu,” Asri memulakan catatan ringkas yang disifatkannya “puisi pagi Jumaat”.

Walaupun tidak menamakan siapa yang dimaksudkannya, mufti Perlis itu sebelum ini mempertahankan pendakwah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik, yang dikecam beberapa persatuan bukan Islam, termasuk Hindraf.

Dalam catatannya, Asri turut mengecam sebuah kerajaan yang menurutnya “menyembah api dan penganut sati, pembakar wanita janda, di benua sana.”

Sati merujuk amalan kuno di kalangan masyarakat Hindu di India yang diharamkan di negara itu, di mana seorang balu membakar dirinya selepas kematian suami.

Bagaimanapun, laporan ini tidak disenangi oleh mereka yang beragama Hindu.

Tampil menyatakan rasa tidak puas hati itu adalah Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin atau PMSP, Ramesh Rao dalam satu kenyataannya di laman twitter.

Bagi beliau, perkataan yang digunakan itu tidak patut dan sebagai seorang yang bergelar mufti, seharusnya MAZA menggunakan kewarasan akal fikiran terlebih dahulu sebelum berbicara mahupun menulis.
Ikuti luahan Ramesh di sini ;

Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment