"Satu, Dua, Tiga Atau Empat, Umno Mampu Menang"

Umno sedia menghadapi sebarang bentuk pertembungan dengan pihak lawan termasuk saingan sehingga empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berkata, apa yang lebih penting adalah meyakinkan rakyat bahawa Barisan Nasional (BN) dan Umno adalah pilihan utama mereka.
"Umno bersedia sama ada dua, tiga mahupun empat penjuru sepertimana di Sabah, tetapi kita mampu menang.

"Yang penting gerak kerja kita adalah memastikan rakyat merasai bahawa pilihan utama mereka adalah Barisan Nasional dan Umno," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Menara Dato Onn di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kajian sebuah pusat penyelidikan, Invoke pada Selasa yang mendedahkan kelebihan memihak kepada Umno berbanding parti pembangkang sekiranya berlaku saingan tiga penjuru dalam PRU-14.

Khairul Azwan yang juga dikenali sebagai Azwan Bro berkata, Invoke membuat kesimpulan sedemikian berdasarkan analisis mereka sendiri.

Bagaimana beliau yakin dengan persediaan Umno dan BN berdasarkan gerak kerja sayap Pemuda Umno termasuk Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus), yang dilancarkan baru-baru ini yang bakal  berfungsi sebagai platform bersama jentera Umno dan BN menghadapi PRU-14.
"Selepas ini kita akan bekerjasama lebih rapat dan sistematik dengan jentera JR.

"Saya yakin dalam masa terdekat ini kita akan berjaya menghasilkan lebih banyak 'outcome' yang mampu menarik keyakinan rakyat kembali kepada kita," kata Khairul Azwan.
Dilaporkan, Invoke yang merupakan pusat kajian yang diterajui Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengakui sokongan rakyat kepada parti pemerintah masih kukuh sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru antara PAS, Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Menurut kajian itu juga, BN akan kekal menerajui pentadbiran kerajaan pusat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana