Rombak FAM... 20 staf dihentikan serta merta

Wow... apakah kini bermula 'revolusi' dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memantapkan kembali sukan nombor satu Malaysia itu diperingkat antarabangsa?
Ramai yang berdoa move Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden FAM ini move terbaik dan tepat.
Peminat tegar pasukam Malaysia dah lama bercakap soal ini... bahkan kempen untuk rombak FAM dibuat secara mulas di media sosial sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.
Sudah lama Malaysia mengimpikan untuk pasukan negara bermain di peringkat dunia dan kecewa sejak 30 lalu negara ketinggalan dalam arena bolasepak.
FAM pada Isnin memulakan langkah mengecilkan saiz staf kejurulatihan dan pentadbirannya seperti dijanjikan TMJ apabila memecat 20 pekerja, dengan Penolong Setiausaha Agung, Lazarus Jansen Xavier dan jurulatih dari Jerman, Frank Bernhanrdt dipercayai turut termasuk dalam senarai itu.
FAM turut menukar nama jolokan Harimau Malaysia yang kini kembali kepada Harimau Malaya selain mengembalikan logo lama untuk skuad senior negara itu.
TMJ, dalam kenyataan pertamanya selepas disahkan jawatan Presiden FAM menerusi kongres ke-53 25 Mac lalu, telah menyatakan hasratnya untuk mengurangkan tenaga kerja badan induk bola sepak negara itu bagi mengurangkan beban kewangan.
Dalam sidang akhbarnya ketika itu, Tunku Ismail turut mengumumkan pertukaran jawatan Datuk Ong Kim Swee daripada jurulatih skuad senior kepada jurulatih skuad bawah 23 yang sebelumnya diisi oleh Bernhardt.
TMJ itu bagaimanapun ketika itu berkata kedudukan Bernhardt akan diteliti semula kerana dia masih mempunyai kontrak de­ngan skuad Sukan SEA itu hingga hujung tahun ini, bermakna memecatnya daripada jawatan itu akan membuatkan FAM perlu membayar pampasan.
Bagaimanapun, hari ini bukan sahaja Bernhardt dipercayai dipecat tetapi juga tujuh staf kejurulatihan termasuk penolongnya Aminuddin Hussin dan dua pembantunya yang lain.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengesahkan tindakan memecat 20 pegawai dan kakitangan berkenaan namun tidak mendedahkan nama mereka.
Katanya, keputusan itu diambil selepas semua ahli Exco FAM bersetuju untuk melakukan penstrukturan semula badan induk itu.
“Tunku Ismail dan juga ahli Exco telah bersetuju untuk menyusun semula organisasi FAM. Ini bertujuan untuk menjaga dan mengawal kewangan persatuan.
“Ini juga bertujuan untuk tidak membazirkan duit persatuan seperti apa yang telah Tunku Ismail katakan untuk berbelanja dengan berhemah disebabkan sebelum ini banyak sangat pembaziran.
“Seramai 20 kakitangan pentadbiran dan teknikal telah ditamatkan perkhidmatan dalam FAM untuk memastikan perjalanan organisasi ini mencapai hala tuju yang sepatutnya,” kata Hamidin dalam kenyataannya di laman Facebook FAM, di sini hari ini.
Hamidin turut menjelaskan bahawa setiap kakitangan yang dipecat akan menerima pampasan gaji selama tiga bulan gaji dan pemecatan tersebut telah pun dimaklumkan pada hari ini.
“Mereka telah dimaklumkan pada hari ini berserta notis dan tiga bulan gaji akan dibayar sepenuhnya sebelum 15 April ini. Untuk makluman, semua unit dan jabatan di FAM akan diseragamkan serta digabungkan mengikut organisasi yang telah ditetapkan,” katanya lagi.
Dalam kenyataan berasingan, Hamidin berkata nama jolokan skuad senior iaitu Harimau Malaysia ditukar kembali kepada Harimau Malaya yang merupakan nama asal pasukan itu sejak ditubuhkan.
Katanya, nama itu juga dipilih bagi memenuhi permintaan penyokong bola sepak tempatan.
“Penukaran nama ini adalah atas titah Tunku Ismail selaku Presiden FAM. Ia juga selaras dengan permintaan ramai penyokong yang mahukan nama itu digunakan kembali berdasarkan sejarah-sejarah yang pernah dilakar oleh pasukan kebangsaan pada zaman kegemilangan bola sepak (kita).
“Oleh yang demikian, laman rasmi Harimau Malaysia akan ditutup berkuat kuasa serta merta dan segala maklumat terkini mengenai bola sepak tanah air hanya akan dikemas kini di laman rasmi FAM,” katanya lagi.
Nama Harimau Malaysia digunakan secara rasmi selepas bekas Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengumumkannya pada Februari tahun lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana