Ramai Sudah Naik Menyampah!!!!! Kajian Rafizi tidak boleh dipercayai - PAS

Kajian yang dilakukan Invoke tidak boleh dipercayai sebagaimana ketuanya, Rafizi Ramli, kata Dewan Ulama PAS.

Ketua penerangannya berkata PAS sudah membuat kajian dalaman sendiri yang lebih telus oleh jentera yang hanya mengharapkan ganjaran pahala.

“Rafizi Ramli seorang yang tidak boleh dipercayai, sudah banyak penipuan yang dibuat. Begitu juga, Invoke Malaysia, bukan pusat kajian yang boleh dipercayai.

“PAS pun ada kajian sendiri, kita ada tiga pusat kajian. Tetapi, kita buat untuk maklumat dalaman, bukan untuk hebahan umum.

“Kita ada jentera tidak bergaji, yang hanya mengharapkan pahala.

“Kajian kita paling lengkap hingga ke akar umbi, berbanding kaji selidik guna telefon,” kata Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali seperti dilaporkan Sinar Harian.

Invoke dalam satu tinjauan mendapati PAS akan muncul parti yang paling sedikit mendapat sokongan jika berlaku persaingan tiga penjuru dalam pilihan raya.

Malah parti itu berada di belakang serpihannya Parti Amanah Negara (Amanah) dan parti baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), menurut Invoke.

Khairuddin berkata PAS mampu memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang walaupun Amanah bertanding menyebabkan pertandingan tiga penjuru.

“Rakyat sudah bersama PAS, orang Islam terutamanya bersama dengan PAS,”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana