RAHSIA SIAPA KUASAI PEMBANGKANG SEBENAR, PAS CERITA DARI PENGALAMAN SENDIRI

TAHALUF SIYASI PAS dengan DAP melalui keanggotaan dalam Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini sudah cukup membuktikan sejauh mana keakraban dan keintiman dua parti pembangkang itu dalam bekerjasama menentang Barisan Nasional (BN).

Secara rasminya, BA yang ditubuhkan pada tahun 1999 dan bertahan sehingga 21 September 2001 sebelum DAP bertindak mengundur diri, maka bukan sedikit rahsia telah diperoleh PAS dalam pelbagai siri perbincangan dan agenda sulit pembangkang selama ini.

Sekadar berpisah selama 8 tahun, Pembentukan PR selepas itu diumumkan pada 1 April 2008 berikutan mesyuarat antara pihak ketiga-tiga parti iaitu DAP, PAS dan PKR di Petaling Jaya. Akhirnya mereka bersatu kembali sehinggalah perpecahan kali kedua ini menyebabkan PAS telah mula serik dengan DAP.

Sejarah ‘kahwin, cerai dan rujuk kembali’ dalam pakatan pembangkang ini mampu memberi 1001 pengalaman pahit dan manis buat PAS sehingga parti itu boleh membuka pekung di dada pembangkang sekarang ini.

Dalam keriuhan umum tercari-cari siapa sebenarnya yang berkuasa penuh terhadap pakatan pembangkang, maka pada 11 April 2017, Naib Presiden PAS Idris Ahmad telah membuat pendedahan melalui pengalaman lampau mereka.

Menurut Idris, sebenarnya Lim Kit Siang merupakan pemimpin de facto kepada pembangkang. Ini diperkukuhkan lagi apabila Penasihat DAP itu telah mengetuai bantahan terhadap pembentangan Rang Undang-Undang  Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) di Dewan Rakyat minggu lalu.

“Jika benarlah Kit Siang ini bukan pemimpin yang menguasai pembangkang, mustahil semua ahli pakatan pembangkang yang beragama Islam menikus pada hari persidangan.

“Tindakan masing-masing membisu ketika Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) membentangkan RUU 355 itu jelas mereka semua tunduk pada Kit Siang,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Idris juga turut mendedahkan bagaimana sukar untuk mereka membuat sebarang tindakan ketika PAS menjalinkan tahaluf siyasi dengan DAP suatu ketika dahulu.

“Keadaan ini berlaku kerana DAP ini merasakan mereka parti yang kuat ekoran memiliki banyak kerusi dalam pilihan raya, isunya PAS bukan parti yang hendak tunduk dan ikut sahaja,” katanya lagi.

Maka benarlah seperti kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum ini, pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang, rakyat Malaysia hanya mempunyai dua pilihan utama (tidak termasuk PAS) untuk memilih kerajaan di negara ini – antara Barisan Nasional yang dikuasai Umno, atau Pakatan Harapan yang dikuasai DAP.

Pilihlah dengan bijak agar kehidupan kita dan anak cucu cicit kita tidak akan menjadi sengsara dan tergadai. –Tv14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana