RAFIZI RAMLI HANYA KEMUKAKAN AKUAN BERKANUN DAN HANYA BERPEGANG KEPADA KETERANGAN LISAN PEGAWAI SPRM

Tuduhan ke atas Nasharuddin Mat Isa yang dilemparkan Rafizi Ramli kerana menerima wang 1MDB untuk mewujudkan kerjasama PAS-UMNO adalah suatu tuduhan yang tidak mempunyai bukti yang kukuh.

Sekiranya keterangan Rafizi ini dibawa ke mahkamah sekalipun ianya akan ditolak mentah-mentah kerana hujah yang dibawanya tidak disertakan bukti.

Hanya bermodalkan sekeping AKUAN BERKANUN Rafizi nampaknya sudah yakin bahawa dakwaannya ke atas Nasharuddin Mat Isa adalah benar.

Mengapa Rafizi tidak membuat laporan terlebih dahulu kepada pihak SPRM agar siasatan dapat dilakukan?

Tindakannya yang memanggil sidang media bagi tujuan mensensasikan dakwaan serta tuduhannya adalah sesuatu yang dianggap kebudak budakan.

Politik Rafizi juga masih belum matang dengan membuat tuduhan tanpa menyertakan bukti yang kukuh dan hanya bersandarkan dengan "hear say" daripada seorang pegawai kanan SPRM yang pro pembangkang.

Pegawai SPRM itu juga sebenarnya telah melanggar etika dan Akta Rahsia Rasmi kerana telah mendedahkan maklumat sulit kerajaan dan jabatannya sekiranya kenyataan Rafizi itu ada unsur-unsur kebenarannya.

Sekiranya kenyataan Rafizi itu salah dan menyimpang dari fakta sebenar, maka Rafizi dan pegawai kanan SPRM tersebut sepatutnya boleh dikenakan tindakan yang berat dengan dakwaan menghasut dan menyebarkan fitnah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana