Rafizi 'out of service'.... - PAS

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, menyindir Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung dakwaan beliau mengenai bekas pemimpin PAS, Dr Nasharudin Mat Isa menerima dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam nada berseloroh tetapi penuh sindiran, Nasrudin berkata, jangkaan beliau mengenai Rafizi ternyata meleset, apabila melalui pendedahan itu, Rafizi bukanlah sepertimana yang digambarkan.

"Ermmm, saya jangkakan ia seorang strategist, rupanya beliau dah 'out of service' (perkhidmatan tergendala)," katanya yang dipetik melalui akaun Facebooknya.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan pula berkata PAS menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya berhubung akuan bersumpah Rafizi Ramli yang mendakwa bekas Timbalan Presiden parti itu, Datuk Nasharudin Mat Isa menerima dana daripada syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun PAS beranggapan dakwaan yang dibuat Naib Presiden PKR itu hanya berstatus khabar angin selagi tiada pengesahan daripada individu yang dikatakan memberi maklumat kepada Ahli Parlimen Pandan berkenaan.

“Pada masa sama, PAS menggesa Rafizi agar segera membuat akuan bersumpah tentang dakwaan bersifat rasuah yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin (penulis blog) dan Chegubard (Badrul Hisham Shaharin) baru-baru ini terhadap beliau serta beberapa pemimpin PKR lain untuk makluman dan pertimbangan rakyat,” katanya.

Rafizi hari ini membuat akuan bersum­pah selepas mendakwa Nasharudin menerima dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, iaitu SRC International Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, Takiyuddin menjelaskan, Nasharudin tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam PAS sejak tewas pemilihan kerusi Timbalan Presiden parti pada 2011 dan setelah ditamatkan tugas sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana