RAFIZI: BEKAS TIMBALAN PRESIDEN PAS NASHARUDIN TERIMA WANG 1MDB...JAHAT BETUL LAH TUDUHAN RAFIZI INI

Inilah manusia yang suka melihat rakyat menjadi huru hara dan Dengki melihat Bekas pemimpinan PAS ini berbaik kepada UMNO.Dengan Rafizi ini...memang kaki Buat Fitnah...Bekas Pemimpinan PAS yang banyak untuk menyatukan PAS dan UMNO...itu lah yang ditakuti oleh RAFIZI. 

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendakwa bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa pernah menerima dana berkait 1MDB, menunaikan janjinya semalam untuk menamakan individu tersebut.

Dalam akuan bersumpah yang ditandatanganinya hari ini, Rafizi berkata perkara itu diberitahu kepadanya oleh seorang bekas pegawai “paling kanan” dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan mengenai dakwaan salah guna dana 1MDB.

“PAS perlu kembali semak pastikan tidak ada 1 sen pun wang 1MDB kerana rapatnya Dr Nasharudin Isa dengan tokoh-tokoh yang masih mahu menggabungkan Umno dan PAS,” kata Rafizi dalam sidang medianya yang turut disiarkan secara langsung melalui Facebook.

Menurutnya, maklumat itu diberitahu kepadanya secara lisan oleh bekas pegawai SPRM itu, yang antara lain mendedahkan siasatan SPRM ke atas SRC International, anak syarikat 1MDB, mendapati sejumlah dana dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum sejumlah wang berpindah “kepada peguam tertentu”.

Tambah Rafizi, SPRM sudah menyoal siasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti individu yang dibayar dengan wang SRC International, yang disalurkan kepada peguam tersebut.

Katanya, salah seorang penerima bayaran itu ialah Nasharudin, namun tidak dapat mengesahkan sama ada peguam yang dimaksudkan ialah Datuk Hafarizam Harun, peguam Najib, seperti didakwa portal Sarawak Report.

Pemimpin Dewan Ulama PAS sedia maklum

Rafizi berkata Ahli Parlimen Kuala Nerus dari PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, pernah berjumpa bekas pegawai SPRM itu untuk mendapatkan kesahihan mengenai dakwaan pemindahan dana 1MDB.

Permintaan Khairuddin yang juga ketua penerangan Dewan Ulama PAS, dipenuhi pegawai SPRM tersebut, katanya.

Rafizi berkata perkara yang didedahkannya hari ini menjurus kepada “salah guna kuasa yang boleh disiasat di bawah pelbagai undang-undang negara”, sekiranya bayaran kepada pemimpin PAS itu usaha melunakkan suara PAS dalam isu 1MDB.

Menurutnya, ia juga menunjukkan Nasharudin tidak layak menganggotai Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM.

“Sebagai seorang penerima dana, Nasharudin tidak layak dilantik ke panel tersebut.”

Menurutnya, beliau memutuskan membuat dakwaan itu di bawah akuan berkanun supaya ia menjadi tanggungjawabnya untuk membuktikan kebenaran dakwaan itu.

“Kalau petang ini ada perkara yang saya sebut tak betul, boleh buat laporan polis supaya boleh lalui proses undang-undang.

“Saya sudah bagi lesen untuk menggari saya. Kalau yang saya sebut ini tak betul, boleh tangkap masukkan saya dalam lokap malam ini juga.”

Katanya, beliau mengalu-alukan sebarang proses perundangan supaya dapat membuka jalan membicarakan dana 1MDB.

Bekas pensyarah ceburi politik

Nasharudin dilantik Putrajaya 2 tahun lalu bagi mengetuai Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), menggantikan Datuk Saifuddin Abdullah yang kini menyertai PKR.

Beliau 2  kali mewakili PAS di Dewan Rakyat, iaitu sebagai ahli Parlimen Yan, Kedah (1999-2004) dan Bachok, Kelantan (2008-2013).

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu mula mendapat perhatian dalam PAS selepas dipilih sebagai setiausaha agung parti pada 1999 oleh presiden ketika itu, Datuk Fadzil Noor, dalam usaha menarik lebih ramai golongan profesional ke dalam parti itu ketika krisis Umno yang dicetuskan oleh pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 2005, Nasharudin menewaskan veteran PAS, Hassan Shukri, untuk jawatan timbalan presiden.

Bagaimanapun, pengaruh beliau terbukti tidak mampu mencabar Mohamad Sabu yang menewaskan beliau untuk jawatan itu pada Muktamar PAS 2011.

Kekalahan Nasharudin dikaitkan dengan penglibatannya dalam siri “rundingan sulit” menubuhkan kerajaan perpaduan bersama Umno, usaha yang mencetuskan kemarahan mursyidul am PAS ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selepas tersingkir daripada pimpinan tertinggi, Nasharudin dilihat semakin mesra dengan Umno, malah menyertai rombongan Najib untuk bertemu tokoh ulama Arab Saudi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana