PRU-14: Lagi ramalan BN kekal Kerajaan Pusat...Inilah Marah Oleh Geng PH Ni

Pertikaian berterusan antara pembangkang dilihat adalah satu tiket kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus kekal sebagai Kerajaan Pusat selepas PRU-14.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak, Dr Jeniri Amir menyifatkan bahawa pembangkang hanya mempunyai ‘harapan’ jika PAS berseteru dengan mereka.

“Pada pendapat saya, kemenangan BN boleh dikatakan pasti jika pembangkang tidak dapat bersatu kerana apa yang berlaku sekarang menyaksikan komponen pembangkang sering kali bertelagah dan sukar untuk capai tahap kerjasama padu.

“Sedangkan syarat utama untuk pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan adalah kerjasama erat,” lapor Sinar, Jumaat.

Tegas Jeniri lagi, sikap degil PAS yang tidak mahu bekerjasama dengan parti pembangkang lain dilihat memburukkan situasi

“Nyata, keadaan seperti inilah yang ditunggu BN, tambahan pula jika PAS tetap tidak berkompromi dengan pembangkang lain maka pertembungan tiga penjuru akan terjadi dan keadaan akan lebih berpihak kepada BN,” katanya lagi.

Kata Jeniri, PAS bakal dipersalahkan sekiranya pembangkang gagal untuk menjadi pemerintah di Putrajaya selepas PRU-14 nanti.

“Mungkin Pas lupa hakikat kemenangan yang dikecapi sejak PRU-12 sebelum ini semuanya kerana ada kerjasama dengan pembangkang yang lain.

“Sikap mereka ini sama seperti kacang lupakan kulit,” kata Jeniri.

Sementara itu, beliau berkata BN akan terus mengambil peluang disebalik sifat ego oleh PAS dan pembangkang lain sebagai senjata utama menawan hati rakyat.

“Ketika berkempen, BN akan membandingkan bagaimana keadaan pembangkang yang bersikap mementingkan diri serta tiada perpaduan sesama mereka,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana