PM tidak terkejut pembangkang U-Turn pasal GST...janji pilihanraya dan realiti tidak sama

Sebagai orang yang sudah jadi Perdana Menteri selama sembilan tahun Datuk Seri Najib Tun Razak pasti sudah cukup masak antara realiti dan fantasi dalam mentabir sebuah kerajaan.

Lagipun sebagai ketua kerajaan dan ketua parti politk tidak mungkin beliau mahu ' bunuh diri' laksana dasar-dasar yang buat orangramai marah dan geram.

Pokoknya bila sudah duduk dikerusi nombor satu di Putrajaya mahu tidak mahu beliau perlu berpijak di bumi nyata dan laksana apa yang perlu untuk negara termasuk soal perkenal GST mulai 1 April 2015.

Sekalipun 140 buah negara di seluruh dunia sudah laksana GST sebelum Malaysia namun ia menjadi isu mainan pembangkang semata-mata untuk memancing pengaruh dan undi.

Apapun kebelakangan ini sudah terdengar suara-suara di kalangan pimpinan pembangkang yang hendak teruskan GST jika mereka berjaya tawan Putrajaya pada PRU14.

Apa agaknya rekasi Perdana Menteri mendengar perkembangan ini?

Ditanya semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC di Kuala Lumpur,Rabu malam Najib nampak tidak terkejut dengan pusingan U itu.

"Perkara U-Turn ini  perkara biasa pada pembangkang bukannya satu yang luar biasa tapi suatu yang biasa dan banyak lagi u turn yang mereka akan buat. Ada yang tiga kali U-Turn pun ada atas isu yang sama," katanya.

Menurut Perdana Menteri dalam pembangkang mereka nak janji sesuatu mereka boleh buat janji yang mereka tak perlu membuktikan fakta yang sebenarnya.

"Mereka tak berpijak dibumi yang nyata dan tidak berasas pada realiti , mereka boleh cakap boleh kata apa yang mereka suka asalkan apa yang dicakap itu mereka hendakkan orang dengar.
Bila mereka menang mereka baru tahu tidak semudah itu mengendalikan sebuah kerajaan ,"katanya.

Kata Najib pengundi malaysia mesti faham pembangkang akan menjanjikan macam-macam untuk meraih sokongan,  menyedapkan orang mendengar tetapi hakikatnya mana-nama kerajaan mesti berdiri atas sumber hasil yang kukuh.

Beliau menjelaskan jika tolak GST bereti sebanyak RM50 bilion setahun ditolak.

"Kalau tolak ( banyak itu) bermakna kerajaan tak boleh berfungsi. Banyak perkhidmatan untuk rakyat tak boleh kita lakukan.

"Bayangkan bajet kerajaan RM260 bilion tolak RM50 bilion  tinggal RM210 bilion memang tak cukup , bayar elaun pejawat awam pun tak cukup.

"Mereka tak cakap yang benar... perkiraan mereka bersifat politik bukan berpijak atas kenyataan,"ujarnya.

Sementara itu beliau memberitahu mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini banyak memberi tumpuan kepada usaha menjayakan perhimpunan raksasa sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei ini. 

"Kita jangkakan 100,000 penyokong lautan merah membanjiri Bukit Jalil. Pada 11 Mei adalah malam Nisfu Syaban, program dirancangkan sedikit berbeza dengan program keagamaan ceramah agama, bacaan Yasin dan solat isyak berjemaah," katanya.

Katanya tiap-tiap negeri sudah nyatakan komitmen untuk hantar jumlah yang dipersetujui.

Ditanya apakah himpunan berkenaan boleh dikaitkan dengan persiapan hadapi pilihanraya umum ke 14,Najib menjelaskan asalnya himpunan itu dijadualkan pada ulangtahun UMNO ke 70 tahun lalu.

Namun ia ditangguhkan ekoran tragedi helikopter yang menimpa pimpinan UMNO di Sarawak.

Katanya persiapan hadapi pilihanraya bila sudha dekat-dekat penghujung penggal Parlimen biasa saja seperti juga pihak pembangkang.

Mengenai perjalanan mesyuarat-mesyuarat cawangan Perdana Menteri berkata semuanya berjalan lancar.

Najib juga memberitahu bilangan orang yang mendaftar sebagai ahli baru UMNO meningkat dengan mendadak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana