Pimpinan PPBM kejar dedak Mahathir sahaja – Idris Ahmad

Bekas pemimpin UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana mengejarkan dedak dan sagon daripada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.
Justeru, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, bekas ahli UMNO terbabit tidak layak untuk berkata tentang “Good Governance”
Malah, beliau mengingatkan golongan itu supaya berwaspada jangan sampai UMNO membuka fail lama yang mendedahkan mereka ‘faraid’ harta negara sebelum ini.
“Beliau dan rakan-rakan sama waktu dengannya dah kenyang sewaktu dengan UMNO.
“Apabila tuannya jamu tidak cukup itu yang marah dengan UMNO. Golongan ini tidak layak bercakap soal “Good Governance”,” tegasnya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata demikian berikutan tindakan seorang bekas pemimpin UMNO dan PKR yang kini bersama PPBM mendakwa PAS alat dan dedak UMNO.
“Saya senyum kerana kawan saya ni dah berapa kali lompat parti. Mula-mula UMNO, kemudian PKR, kemudian UMNO, sekarang PPBM.
“Saya kenal beliau ini kawan lama saja. Itulah ucapan beliau ketika dia belasah Mahathir zaman reformasi dulu,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana