Perak arah semua sekolah tahfiz berdaftar dengan kerajaan negeri

Terkesan dengan kejadian penderaan pelajar sehingga mengakibatkan kematiannya pada  Rabu, Menteri Besar Perak mengarahkan sekolah-sekolah tahfiz di negeri ini melakukan anjakan paradigma.

Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir mengarahkan sekolah-sekolah ini berdaftar dengan kerajaan negeri. Ia bagi mengelak kejadian yang menimpa pelajar berkenaan tidak berulang pula di negeri ini.

Pelajar tahfiz yang dimaksudkan, Mohamadd Thaqif Amin Mohd Gaddafie, 11 tahun yang menuntut di sebuah sekolah tahfiz terkemuka di Kota Tinggi, Johor  meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) kira-kira jam 2.05 petang Rabu.

Allahyarham  sepatut menjalani pembedahan  untuk memotong tangannya yang dijadualkan Rabu tetapi terpaksa dibatalkan kerana keadaan jantungnya yang tidak stabil.

Dalam kejadian malang itu, Mohamad Thaqif  didakwa  dipukul pembantu warden di sekolah tahfiznya sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya dipotong. Keadaan fisikal serta kesnya mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Untuk rekod, penolong warden berkenaan, yang dikenal pasti mempunyai rekod jenayah lampau, ditahan reman membantu siasatan.

Dalam sidang media selepas mesyuarat Exco pada Rabu, Zambry memberitahu media sekolah tahfiz yang tidak berdaftar di negeri ini Perak disarankan mendaftar dengan kerajaan negeri.

Katanya pendaftaran itu perlu  bertujuan memudahkan kerajaan negeri memantau sekolah-sekolah berkenaan dan menetapkan sistem yang lebih tersusun sekaligus mengelak kejadian seperti itu berulang.

“Kita ambil iktibar daripada kejadian ini, masih banyak yang belum mendaftar dengan alasan kerana bilangan pelajar terlalu kecil atau sekolahnya kecil.

“Setiap institusi agama perlu mendaftar suapaya pemantauan dapat dibuat sekiranya ada apa-apa yang berlaku, ianya bukan hanya khusus untuk kes dera tetapi sekiranya terdapat bencana atau apa kerajaan negeri boleh membantu,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana